Gunung Ledang

Terletak kira-kira 15 km dari bandar Tangkak,Johor dan Lebuh Raya Utara Selatan

Hutan Lipur Berkelah, Maran

45 km dari Bandar Maran dan 45 km dari Bandar Kuantan melalui Jalan Maran-Kuantan.

Air Terjun Batu Hampar

Terletak di kampung Air Puteh, Serdang. lebih kurang 15km dari Sg Kechil Ilir.

Air Terjun Jerangkang

26 kilometer dari bandar Maran dan 50 kilometer dari bandar Kuantan memiliki keunikan tersendiri

PANTAI POK TUNGGAL, INDONESIA

berada di kawasan Gunungkidul, Yogyakarta ke lokasi pantai berjarak sekitar 70 km.

13 Februari 2011

Cekur (Kaempferia galangga)

Sejenis herba dari keluarga Zingiberaceae iaiitu sama seperti tanaman halia dimana mudah ditanam dan subur di tanam di iklim tropika seperti Malaysia.

Pokok cekur mempunyai daun lebar antara 4-7 cm dan panjang 5-12 cm berwarna hijau muda dan umbisi kecil seperti halia kecil. Daun dan umbisi / Rizom cekur mempunyai aroma atau bau yang kuat dengan warna umbisi kekuningan.

Cekur mengandungi bahan yang berkhasiat seperti cineol, borneol, 3-carene, camphene, cinnmaldehyde, kaempherol, ethyl cinnamate, p-methoxycinnamic acid dan sebagainya. Ekstrak cekur digunakan sebagai 'repellent untuk jauhkan nyamok termasuk nyamuk aedes dan culex. Cekur yang dilumatkan juga dipercayai mampu mengubati sakit kulit.

Selaput tunggul (Mikania Micrantha )

Selaput tunggul pokok memanjat serta menjalar. Ia tergolong dalam kumpulan rumpai, yang memerlukan masa serta wang ringgit untuk membasmi dari terus menutupi kebun atau pokok yang lebih berfaedah.Selaput tunggul cepat membiak. Jika seminggu tidak menjenguk kebun, pasti selaput tunggul telah menjalar dan membelit sayuran atau tanaman.

Spesies Mikania Micrantha digemari binatang ternakan lembu serta kambing. Dari segi perubatan tradisional ia boleh dijadikan ubat penahan darah.Gunakan beberapa helai dengan ramas daun hingga ia mengeluarkan jus berwarna hijau dan lekapkan kepada luka untuk menahan pendarahan.