Gunung Ledang

Terletak kira-kira 15 km dari bandar Tangkak,Johor dan Lebuh Raya Utara Selatan

Hutan Lipur Berkelah, Maran

45 km dari Bandar Maran dan 45 km dari Bandar Kuantan melalui Jalan Maran-Kuantan.

Air Terjun Batu Hampar

Terletak di kampung Air Puteh, Serdang. lebih kurang 15km dari Sg Kechil Ilir.

Air Terjun Jerangkang

26 kilometer dari bandar Maran dan 50 kilometer dari bandar Kuantan memiliki keunikan tersendiri

PANTAI POK TUNGGAL, INDONESIA

berada di kawasan Gunungkidul, Yogyakarta ke lokasi pantai berjarak sekitar 70 km.

7 November 2011

Langkah yang perlu jika sesat di hutan

Anda perlu memikirkan dari mana anda datang dan mengesan ia kembali jejak perjalanan anda. Mak sudah tentu peta, kompas dan satu unit GPS mungkin dapat menyelesaikan masalah anda lebih mudah.



Jangan membuat bising ini akan menarik kehadiran haiwan, anda hanya perlu memilih hala tuju. Puncak bukit untuk mencari aliran air, kemudian ikuti sehingga ia menjadi sungai, yang akan membawa anda keluar dari hutan. Pilih arah perjalanan dengan bijak dan jika ia ternyata tidak baik, cepat pilih pelan baru.

Dengan jarak penglihatan yang rendah, anda perlu untuk mencari bukit atau tempat tinggi untuk mendapatkan pemandangan anda. Keadaan muka bumi di dalam hutan terdapat kawasan rendah dan yang lebih tinggi daripada yang lain menunjukkan mungkin terdapat sungai jadi teruskan dan ikut laluan tersebut. Kawasan yang lebih luas adalah berkemungkinan terdapat sungai, dan peluang anda untuk mencari penempatan.

PRINSIP ASAS IKTIAR HIDUP DALAM HUTAN


Adakalanya, seseorang atau kumpulan pendakai/penjelajah menghadapi dirinya atau kumpulannya didalam suatu situasi semasa mengembara didalam hutan dimana makanan yang dibawa telah kehabisan atau kurang. Adalah sangat penting didalam keadaan sebegini apakah makanan yang terdapat didalam hutan yang boleh di makan.

Situasi yang lebih teruk boleh berlaku dimana seseorang atau Kumpulan itu sesat semasa menjelajah atau exipedisi dalam hutan.

Dalam keadaan sebegini, seseorang harus tahu bagaimana hendak hidup diatas bumi hutan kita dan bagimana hendak bergerak dengan tepat didalam hutan berkenaan. Dia kemungkinan perlu melakukan ini dalam satu jangka masa yang lama dan perlu menunjukan disiplin diri dan inisiatif yang paling tinggi jika dia mahu terus hidup dan keluar dengan selamat dari hutan tersebut.

Apabila kita sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk terus hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had maxima kemampuan pisikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu kemahuan untuk terus hidup.

UNDANG – UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP

Khasiat Herbal Senduduk Putih

Tumbuhan renek berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun ada juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh dikawasan bertanah tinggi seperti Cameron Highland. Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras. Daunnya mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm. Berbanding dengan spesis berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar disesetengah tempat.


Kegunaan dan khasiat
Dari segi perubatan tradisional, senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama.

Mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap).
Caranya - Daun yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan dan juga untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.

Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air

Pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut.

Rawatan terkena racun tumbuhan

Langkah-langkah yang perlu diambil jika terkena/termakan tumbuhan beracun


  1. Kenalpasti jenis tumbuhan tersebut.
  2. Berapa banyak dan bahagian mana tumbuhan tersebut yang dimakan.
  3. Berapa lama tumbuhan itu telah dimakan.
  4. Lihat simptom yang terdapat pada mangsa seperti muntah, gatal, cirit-birit dan sebagainya.
  5. Jika mangsa tidak muntah, masukkan jari ke dalam mulut mangsa sehingga muntah bagi mengeluarkan racun.
  6. Beri mangsa minum air atau susu bagi melarutkan toksid yang ada dalam badan mangsa.
  7. Bagi rawatan lanjut, bawa mangsa ke hospital.


Rawatan awal adalah penting bagi menyelamatkan mangsa. Punca sebenar hendaklah dikenalpasti bagi mendapatkan penawar yang sesuai. Jika keterangan yang diberikan tidak tepat kemungkinan mangsa akan mengalami sakit yang lebih serius yang akhirnya mungkin akan menyebabkan kematian. Ada racun yang bertindakbalas dengan pantas dan ada yang sebaliknya terhadap tubuh manusia. Ini bergantung kepada kadar toksid yang terdapat pada tumbuhan tersebut.

Tumbuhan beracun

Beberapa jenis tumbuhan beracun

Candelabra Cactus (Euphorbia lactea)
Keterangan tentang pokok:

Mempunyai banyak duri atau, apabila ditoreh mempunyai banyak susu getah, bercabang dan mempunyai jalur putih di bahagian tengah pada setiap batang .

Bahagian beracun:
Daun, batang dan getah susu.

Kesan keracunan:
Jika termakan akan menyebabkan kerangsangan, sakit perut, muntah, cirit-birit, rasa terbakar pada mulut, tekak dan lidah.


Castor Bean (Ricinus communis)
Keterangan tentang pokok:
Mempunyai ketinggian sehingga 5 meter dan berdaun lebar berbintik hitam,coklat dan putih berkilat. Buahnya berduri.

Bahagian beracun:
Seluruh bahagian terutama pada bijinya.

Kesan keracunan:
Jika termakan akan menyebabkan muntah dan cirit-birit.





Chinaberry Tree (Melia azedarach)
Keterangan tentang pokok:
Setiap dahannya mempunyai lembar daun, mempunyai batang yang besar dan bunganya yang berkedut berwarna ungu dan kuning dalam beberapa jambak.

Bahagian beracun:
Kulit kayu, buah, bunga dan daun.

Kesan keracunan:
Memberi kesan pada perut seperti muntah dan cirit-birit. Susah bernafas dan pernafasan tidak teratur.