Gunung Ledang

Terletak kira-kira 15 km dari bandar Tangkak,Johor dan Lebuh Raya Utara Selatan

Hutan Lipur Berkelah, Maran

45 km dari Bandar Maran dan 45 km dari Bandar Kuantan melalui Jalan Maran-Kuantan.

Air Terjun Batu Hampar

Terletak di kampung Air Puteh, Serdang. lebih kurang 15km dari Sg Kechil Ilir.

Air Terjun Jerangkang

26 kilometer dari bandar Maran dan 50 kilometer dari bandar Kuantan memiliki keunikan tersendiri

PANTAI POK TUNGGAL, INDONESIA

berada di kawasan Gunungkidul, Yogyakarta ke lokasi pantai berjarak sekitar 70 km.

26 Ogos 2015

Perkhidmatan Radio Sesalur (Trunk Radio) sukan rekrasi

As-salam sume agak lama juga tidak berblog sekarang ni bz dengan tugas-tugas seharian dan selalu berada du liar kawasan liputan internet , jadi payah sket la nak berblog

Untuk kali ini admin nak bercerita pasal Radio Sesalur (Trunk Radio) atau lebih di kenali sebagai radio amatur.

Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital.

Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer. Bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.



Untuk mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:

* Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau

* Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.

PENGUMUMAN DARI SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ingin memaklumkan bahawa berkuatkuasa daripada 1 Januari 2016, frekuensi di jalur 806 MHz hingga 821 MHz dan 851 MHz hingga 866 MHz TIDAK AKAN LAGI digunakan untuk Perkhidmatan Radio Sesalur (‘Perkhidmatan itu’).

Rujuk http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/

Kita boleh rujuk mana-mana laman web atau blogger yang ketika ini ramai yang menjadi pengguna radio amatur ini antaranya untuk tujuan berekrasi dalam berbagai-bagai kumpulan samada kereta, motor, 4WD dan sebagainya.

Anda boleh lawat
Himpunan blog radio amatur
Persatuan Radio Amatur Melayu Malaysia 
Perhidmatan Kecemasan Radio Amatur


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...