Bersiul di dalam hutan
Dilarang sama sekali kerana ini akan menarik perhatian berbagai jenis binatang buas. Apabila kehadiran orang yang memasuki hutan itu diketahui oleh binatang buas, dirinya berada dalam keadaan bahava.
Bersiul adalah perbuatan yg ditegah didalam Islam sebab Sewaktu Iblis turun kebumi, dia Bersiul-siul sambil mencari anak-anak Adam utk disesatkan. Maka Kesimpulannya Bersiul tu Amalan Iblis
Melaung Semasa di Hutan
Perbuatan melaung di hutan juga ditegah. Melaung atau bercakap dengan kuat dipercayai akan menarik perhatian berbagai-bagai jenis jembalang serta binatang buas yang ada di dalam hutan.
Mentera & jampi serapah menjurus kepada syirik. Amalan ni patut ditinggalkan. Penggunaan telur & kemenyan biasanya dikaitkan dengan jin. Dalam Islam amalan ini diganti dengan kenduri doa selamat / memadai dengan selawat. Insya'allah sentiasa dilindungi.
Tangkal
Penggunaan tangkal sering dilakukan bagi mejaga diri. Adat masyarakat melayu mengguna tangkal sebagai pelindung selain dari Yang Maha Melindungi dijatuhkan hukum syirik.
Bahaya penggunaan tangkal
Tangkal dari unsur haiwan;
Bagi tangkal yg diperbuat dari unsur haiwan, mengundang bahaya dari haiwan lain juga. Misalnya; tangkal dari kuku bapa rimau. Bau rimau tersebut dikatakan degeruni oleh rimau2 lain namun mungkin ada bapa rimau lain yg cuba mendekati bau ni sebagai pencabar kekuatan.
Tangkal dari unsur jin;
Jin akan menjaga tuannya namun jin sesama jin adakalanya akan berlawan dan akibatnya pada manusia.
Azimat
seeloknya guna ayat2 al-Quran & doa sebagai pendinding dan pemagar.
Seru haiwan
Elakkan dari menyeru nama2 haiwan dengan perasaan riak/mempersenda2 haiwan tersebut. Ingat Ujian Illahi.
Seru Jin
Elakkan dari seru nama2 jin, jembalang, qarin & seumpamanya.
Laung Nama sahabat
Seeloknya elakkan dari laung nama sahabat, sebab ada jin / hantu syaitan yang suka mengajuk dan akan menyeru nama tersebut. Ini boleh mengelirukan kita.
Adab membuang air
Kenalpasti lokasi bukanlah rumah/tempat jin/syaitan bertenggek.
Jin suka tinggal di semak-samun, lubang2 pokok/tanah, pokok yang besar, gua2.
Beri salam sebelum membuang air, jangan pancut arah banir pokok besar sebaliknya pancut arah bertentangan.
Doa Aku Masuk Hutan
Bismillah.."Tidak akan rosak dan musnah diriku diatas sebarang PERBUATAN MAKHLUK melainkan diizinkan ALLAH taala"
0 Ulasan