Gunung Tebu (1039 meter/ 3408 kaki) Besut, Terengganu.


Gunung Tebu atau dikenali dengan Sugar Cane Mountain, adalah salah sebuah gunung yang menarik dan mudah untuk didaki. Permandangan yang berlatarbelakangkan Laut China Selatan serta Pulau Perhentian dapat dilihat dari puncak sekiranya cuaca cerah dan tidak berkabus.

Terletak di Hutan Lipur Lata Belatan, Daerah Besut yang mempunyai jenis Hutan Dipt erokarp Bukit serta Hutan Konifer di Kemuncak. Jaraknya 24 km dari Pekan Jertih melalui Jalanraya Kuala Terengganu-Jertih, 118 km dari Kuala Terengganu. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Permaisuri atau Pekan Jertih. Dari pekan jertih, kita terus menuju ke Kampung Jabi.

Untuk ke puncak gunung Tebu hanya mengambil masa 5 hingga 6 jam perjalanan. Perjalanan bermula dari pondok Jabatan hutan dan melintasi sebuah jambatan gantung.Keadaan perjalanan landai dan rata. Dari jambatan gantung menyusuri sungai hanya mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke satu kawasan tapak perkhemahan terdapat cabang sungai yang dipanggil Sungai Y(punca air terakhir). Disarankan agar mengambil sedikit air hanya untuk minuman sepanjang perjalanan ke puncak.


Kita perlu mendaki dan mula memasuki hutan Lipur Gunung Tebu. Kecerunan pendakian hanya sekitar 45 darjah . Sekitar pendakian, kita akan sampai di satu kawasan yang mempunyai batu besar yang berketinggian lebih dari 5 meter ia dikenali sebagai Batu Mat Hassan. Dari mengambil masa selama 2 jam sebelum sampai di puncak, kita akan berjumpa dengan satu kawasan lereng dikenali dengan Jendela Dunia untuk menikmati pemandangan keseluruhan Gunung Tebu.

Di puncak Gunung Tebu jarang pendaki akan bermalam kerana, tiada sumber air disana. Untuk ke tapak perkhemahan hanya mengambil masa 20 minit dari puncak. Terdapat satu papan tanda dari PMM dan satu batu tongkol yang sangat besar. Batu tersebut seperti bola yang telah dibelah dua jarak tapak perkhemahan hanya 300 meter.

Terdapat sebuah kawasan lapang yang dan batu-batu besar dan juga sebuah kubur. Di sini kawasan terbuka dan berangin, disarankan agar turun kebawah sedikit disini terdapat banyak pokok-pokok renek dan dekat dengan sumber air lebih kurang lima minit dari kawasan perkhemahan.



Untuk maklumat, lanjut, boleh menghubungi terus dengan pihak berkenaan :

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan,
23000 Dungun, Terengganu.
Tel. : 09-8441404

Catat Ulasan

2 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Jika anda melawat ke gunung tebu sila hubungi kami untuk dapatkan hotel yg sgt berhampiran....cuma 10minit berjalan kaki 0179591868
Tanpa Nama berkata…
Jika anda melawat ke gunung tebu sila hubungi kami untuk dapatkan hotel yg sgt berhampiran....cuma 10minit berjalan kaki 0179591868