Denda maksima RM 500,000 dan dipenjarakan tidak kurang dari 1 tahun dan
tidak melebihi 20 tahun.
Seksyen 15 – Mengambil Hasil Hutan daripada Hutan SimpananKekal atau Tanah Kerajaan tanpa lesen yang sah Seksyen 40 – Memindahkan Hasil Hutan tanpa Pas Memindah daripada Tanah Berimilik, TOL, Lombong dan Tanah Rizab.
Seksyen 86 – Memalsukan atau merosakkan, atau Memiliki alat bagi tujuan pemalsuan, tanda pada pokok dan balak dan mengubah sempadan.
Denda maksima RM 50,000 dan/atau dipenjarakan maksima 5 tahun
(Termasuk kesalahan seperti pekerjaan yang menyalahi undang-undang atau menjalankan aktiviti di dalam Hutan Simpanan Kekal; Memindahkan hasil hutan tidak pada tempat dan waktu yang ditetapkan; Mengambil atau mengutip sebarang hasil hutan termasuk rotan, buah-buahan, tumbuhan herba, mineral; dan membuang atau melupuskan sebarang bahan buangan; Larangan membakar dan menghalang pegawai dari menjalankan tugas atau enggan memberi kerjasama).
Seperti dalam Seksyen 32, 66, 67, 68, 69, 81(1)(b), 81(1)(c), 82(1), 84, 85, 87, 92, 96, 97, 98 & 100
Denda maksima RM 10,000 dan/atau dipenjarakan maksima 3 tahun
Kesalahan termasuk memasuki Hutan Simpanan Kekal; penggunaan jalan hutan, melepaskan ternakan; membenarkan ternakan meragut. Mencari, mengambil atau memindah apa-apa hasil hutan atau mineral; membersih atau membajak tanah dengan tujuan pertanian atau maksud lain; Menggunakan bahan beracun atau bahan letupan bagi maksud menangkap ikan atau memasang jerat atau menjebak)
Seperti dalam Seksyen 47, 50(4), 81(1)(a), 81(1)(d), 81(1)(e), 81(1)(f) & 83
Untuk keterangan lanjut mengenai kesalahan hutan mengikut seksyen
Denda Yang Dikenakan Di Bawah Akta Perhutanan Negara 1984 Dan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 1993 - Lampiran II
Seksyen | Keterangan Seksyen | Denda |
15 | Mengambil hasil-hasil hutan daripada HSK & TK tanpa kebenaran | Tidak melebihi RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun. |
25 (2) | Tidak mematuhi Notis Borang 2 | Tidak melebihi RM 50,000 dan atau penJara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya tidak lebih RM 1,000 tiap hari/sebahagian hari kesalahan berterusan. |
32 (1) | Menduduki/menjalankan sebarang aktiviti dalam HSK tanpa kebenaran | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
40 (1) | Memindah hasil hutan tanpa LP dari kawasan: i. Tanah berimilik ii. Tanah Lesen Pendudukan sementara iii. Lombong iv. Rizab | Tidak melebihi RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun. |
47 (1) & (4) | Memasuki Hutan Tertutup tanpa kebenaran | Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. |
50 (4) | Mengguna jalan hutan tanpa permit jalan | Tidak melebihi RM 10,000 |
66 (4) | Tidak mematuhi arahan PPN di bawah sek. 66 (1) (2) & (3) -penentuan tempat pengukuran hasil hutan | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
67 (2) | Tidak mematuhi arahan PPN di bawah sek. 67 (1) - penentuan tempat pengukuran hasil hutan melalui LP | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
68 (4) | i. Memiliki, menjaga/ mengawal apa-apa hasil hutan tanpa pas pemindah ii. Enggan menyerahkan Pas Pemindah untuk pemeriksaan | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. |
69 (3) | i.Operator loji penukaran tidak memiliki pas pemindah dan rekod pengukuran yang sedang ditukar/ berada di dalam kawasan loji ii. Enggan menyerahkan Pas Pemindah dan rekod ukuran untuk pemeriksaan | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. |
81 (1) | Perbuatan dilarang dalam HSK: a. melepaskan ternakan/ membenarkan ternakan meragut b. menebang, memotong, menggelang, menanda, menutuh/menoreh mana mana pokok; atau merosakkan dengan api atau memindahkan mana mana pokok atau kayu c. menyebabkan apa-apa kerosakkan semasa menebang/memotong/ mengheret pokok/kayu d. mencari, mengambil, mendedahkan kepada apa-apa proses pengilangan/memindah apa-apa hasil hutan atau mineral e. membersih/membajak tanah untuk tanaman atau maksud lain f. menggunakan bahan beracun, atau dinamit atau bahan letupan lain di dalam sungai atau tasik bagi maksud menangkap ikan; atau memburu, menembak, menangkap ikan atau memasang jerat atau menjebak g. menceroboh dengan apa jua cara yang sebelum ini tidak dilarangi dalam seksyen ini | - Tidak melebihi RM 10,000 Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Tidak melebihi RM 10,000 atau penJara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya. Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. |
81(1) | Larangan membakar dalam HSK | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
83 | Membuang sampah sarap secara mengganggu | Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. |
84 | Memiliki, menjaga / mengawal hasil hutan secara menyalahi undang- undang | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
85 | Bawa masuk hasil hutan daripada lain negeri tanpa pas pemindah | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
86 | Melancung/mencacat/ memiliki alat bagi melancung, tanda pada pokok dan kayu dan mengubah tanda sempadan | Tidak lebih RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun. Tidak boleh di kompaun. |
87 | Panalti am | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
92(3) | Enggan memberi kerjasama Ruj. sek. 92 (2) | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
93(2) | Mengusik, memindah, merosak atau memusnahkan barang-barang yang disita | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
96(2) | Menghalang pegawai hutan untuk memasuki atau memeriksa loji penukaran | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
97(2) | Enggan mematuhi larangan Seksyen 97 (1) larangan pengambilan hasil hutan atas sebab silvikultur dan lain-lain | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
98(2) | Tidak mematuhi larangan Seksyen 98 (1) | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
100 | Memberi maklumat palsu | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya |
107 | Salah guna kuasa | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
Rujukan http://www.forestry.gov.my
0 Ulasan