Gunung Rajah, Bentong Pahang

Keindahan dan hembusan percikan air yang terhasil daripada Air Terjun Chamang menjadi daya tarikan sampingan kepada para pendaki untuk bermalam di situ.Pada hujung minggu terdapat para peniaga yang menjual juadah di pondok gerai bermula dari pagi untuk santapan para pengunjung Air Tejun Chamang.


Pucak Gunung Rajah


Nama: Gunung Rajah
Lokasi: Bentong, Pahang
Ketinggian: 5,526ft/1684m
Titik Permulaan: Pintu Rimba Rajah
Jumlah Kos Trip : RM85 termasuk permit, guide, makan dan minum, transport bentong-kl dan 4x4

Penunjuk Arah: Rob Rainforest
No Telefon: 012-2225725
Pembantun Penunjuk Arah: Pak Din dan Abang Yeop



Lata Naning Gunung Rajah, Bentong




Keselamatan perlu dititik beratkan kerana terdapat beberapa kawasan yang dikategorikan dalam keadaan berbahaya. Terdapat papan tanda yang memaparkan jumlah kes berat yang pernah berlaku sepanjang tahun 2000 supaya ia menjadi peringatan untuk mengelakkan tragedi buruk berulang kembali.


Air Terjun Chamang


Untuk menuju ke Pintu Rimba Rajah, para pendaki boleh memulakan trekking dari Air Terjun Chamang ataupun mengunakan khidmat powil kerana jalan tanah merah yang tidak berturap dan banyak lopak air yang terbentuk. Sepanjang perjalanan tersebut, para pendaki akan bertemu dengan Stesen Jana Kuasa Kecil Sungai Perting dan kawasan perumahan orang asli.

Pintu Rimba Rajah merupakan tanah lapang merah dan terdapat dua permatang yang boleh dilalui iaitu Permatang Rajah yang menuju terus ke Puncak Rajah dan Permatang Ulu Kali yang boleh tembus ke Genting Highland.

Puncak Gunung Rajah memberi permandangan indah dari puncaknya hasil dari pemandangan 360° yang menarik seperti Genting Highland yang jelas kelihatan, Gunung Benum yang berketinggian 2107m juga boleh dilihat megah berdiri manakala di malam hari boleh nampak kerlipan-kerlipan cahaya lampu sekitar bandar dan pekan seperti Rawang, Tanjung Malim, Bentong, Raub dan juga bandar Kuala Lumpur yang tersergam indah.



Dengan ketinggian puncaknya pada paras 1684m sudah cukup untuk memaksa para pendaki memakai berhelai-helai baju dan seluar supaya dapat mengatasi kesejukan yang kurang dari 18c. Kesejukan ini semakin memuncak ketika di malam hari kerana angin sejuk yang berhembus dengan bunyi bagaikan tiupan taufan yang melanda, para pendaki di nasihatkan untuk membawa pakaian yang bersesuaian bagi mengelak kesan hypothemia.


Tip dan Info


  1. Campsite di Puncak boleh memuatkan kurang daripada 30 pendaki
  2. Campsite di Lata Naning dan Batu Hijau boleh memuatkan lebih dari 30 pendaki
  3. LWP boleh dijadikan campsite jika mengunakan hammock+fly
  4. Permatang Rajah adalah suatu tempat yang agak keras dengan adanya makhlus halus mengacau tidak kira siang atau malam
  5. Antaranya yang femes ialah ‘abang botak’ yang suka mengekori peserta di belakang sekali
  6. Trek Permatang Rajah boleh dikategorikan sebagai hardcore trek dan ianya berkali-kali ganda lebih berat dari Gunung Nuang
Sumber dari 



Catat Ulasan

1 Ulasan

Gunung ini juga pernah mencatat beberapa peristiwa pendaki dipanah petir jadi berhati-hati ketika dipuncak.