Lidah Buaya memiliki sifat-sifat perubatan yang berikut:
- antibakteria yang menghalang atau memperlahankan pertumbuhan bakteria;
- antidiabetis yang menurunkan aras gula darah;
- antikulat yang berupaya merawat jangkitan kulat;
- antikeradangan bagi mengurangkan keradangan;
- antinepolastik yang berupaya mengawal pertumbuhan dan perebakan barah;
- antipeptik yang menghalang tindakan gaster;
- katarsis yang berkuasa untuk membersihkan isi perut;
- dermatologi yang berupaya merawat penyakit kulit;
- emenagog yang berupaya memulihkan haid;
- imunomodulasi bagi memperbaik sistem imun;
- julap yang membantu membuang air besar dan yang juga dapat digunakan untuk membuang racun daripada saluran makanan; dan vermifuj bagi menghapuskan cacing parasit.
Sebuah kajian jangka panjang menunjukkan bahawa Lidah Buaya, sewaktu terangkum dalam diet pesakit kencing manis yang menghidap penyakit jantung ateroma (bengkak pada dinding arteri), dapat mengurangkan dengan ketara kekerapan serangan angina serta jumlah kolesterol serum, trigliserida serum, dan lipid, selain paras gula darah berlapar dan paras gula darah selepas makan, di samping menaikkan lipoprotein ketumpatan tinggi.
Kegunaan daun Lidah Buaya dalam perubatan tradisional
Lidah Buaya digunakan secara meluas dalam perubatan herba tradisional di China, Jepun, Rusia, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Jamaica, America Latin, dan India.[2] Ia digunakan secara tradisi untuk merawat sakit, kolik (sakit perut yang memulas-mulas), luka terbakar, lecur, luka, bengkak, sembelit, serta juga:
masalah pencernaan
seperti pedih hulu hati, sindrom usus rengsa, dan dispepsia (ketakcernaan yang dicirikan oleh rasa loya);
ekzema,
iaitu sejenis penyakit kulit keradangan tak berjangkit yang diiringi oleh rasa gatal dan panas yang amat sangat serta pembentukan sisik dan kerak;
edema,
iaitu kewujudan air yang berlebihan pada ruang antara tisu tubuh sehingga menyebabkan bahagian yang berkenaan kelihatan bengkak; pembesaran kelenjar limpa;leukemia, iaitu barah darah;barah paru-paru;
buasir yang diakibatkan oleh pendilatan (pembesaran) vena dubur, biasanya diiringi oleh perdarahan dan sembelit;batuk kokol; dan pelbagai sakit mata.
Di Filipina, jus Lidah Buaya digunakan untuk mencegah keguguran rambut serta juga untuk merawat botak. Ia juga dicampur dengan susu untuk merawat berak darah dan sakit pada ginjal.
4 Ulasan