Tmn Negara Endau-Rompin Johor iaitu di Kg. Peta.

Untuk masuk ke Air Terjun Buaya Sangkut ni mesti melalui pintu masuk Tmn Negara Endau-Rompin Johor iaitu di Kg. Peta. Tidak seperti Tmn Negeri Rompin-Endau Pahang, semua urusan permit, insuran kebenaran berkemah (mengikut malam) dan lain lain lagi mesti dibereskan di pejabat Tman Negara di situ. GUIDE dari kalangan orang asli tempatan adalah diwajibkan dengan bayaran RM 30.00 sehari (kalau tak silap saye). Sewa bot panjang untuk hantar dan balek dari Kg. Peta ke Kuala Jasin dalam RM 100.00 satu bot yang muat 10 - 12 org.

Dari Kuala Jasin ke Air Terjun Buaya Sangkut, guide akan bawa ke tempat tujuan dengan berjalan kaki. Tidak ade jalan lain yang dibenarkan kerana utk kesana hanya ada track pejalan kaki saje. Dan lagi saya diberitahu dulu olih pihak pejabat taman negara semua peserta yang ke Air Terjun Buaya Sangkut tidak dibenarkan bermalam disitu atas sebab sebab keselamatan. Semuanya mesti turun dan berkemah di satu kawasan yang telah dikhaskan di Kuala Marong.



Catat Ulasan

0 Ulasan