TUMBUHAN BERACUN DI MALAYSIA

Peranan tumbuhan dalam perkembangan perubatan tradisi telah diakui selain daripada peranannya seperti sumber makanan, perhiasan, perobut dan sebahagainya. Perubatan tradisi telah pun sebati dengan masyarakat terutama generasi tua. Mereka ini lebih yakin kepada ubatan secara tradisi walaupun akhirnya ada diantara mereka yang menerima rawatan moden.Selain daripada tumbuhan yang digunakan sebagai ubatan, terdapat juga tumbuhan yang memudaratkan kesihatan manusia dan haiwan. Bukan semua tumbuhan yang terdapat di sini digunakan sebagai ubatan malah ada tumbuhan yang beracun. Tumbuhan beracun adalah tumbuhan-tumbuhan yang boleh menyebabkan kesakitan, mabuk atau kematian apabila kita memakan, meminum atau menyentuh bahagian-bahagian tertentu. Menurut Foray (1954) beliau mentafsirkan tumbuhan beracun sebagai tumbuhan yang menyebabkan kesihatan normal terganggu apabila bahagian-bahagian tertentu darinya digunakan oleh manusia atau haiwan yang dapat menerima kesannya.

Kingsburg ( 1967 ) pernah merekodkan lebih kurang 700 spesies tumbuhan yang beracun dan masih banyak lagi yang belum diketahui. Tumbuhan yang digolongkan ke dalam tumbuhan beracun terdiri daripada kumpulan rumpair, kulat, paku-pakis dan tumbuhan tinggi.

Di sini hanya beberapa spesies sahaja yang dipilih iaitu dikenali ramai dan sering digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu.


TUMBUHAN BERACUN

Jelatang rusa
Kecumbung
Tuba luli
Andians toxicaria
Bebuta
Rengas
Bunga jepun
Pedendang gagak


Alocasia denudata Engl.
(Keladi Cendek)

Jus batang dan patiol sangat gatal dan menusukkan. Ubi ini tidak boleh di makan kerana gatal. Jika diambil ia menyebabkan mulut dan kerongkong menjadi gatal dan bengkak. Jus daripada ubinya digunakan sebagai ramuan untuk membuat racun. Tumbuhan ini didapati mengandungi sapopolin dan glikosid sianoganik.


Cnesmone javanica Miq.
(Jelatang Rusa)

Bahagian yang beracun adalah bulu-bulu halus yang terdapat diseluruh permukaan tumbuhan ini. Bulu ini sangat putih dan tajam di hujungnya. Ia mudah tanggal dari permukaan tumbuhan tersebut dan melekat pada kulit. Akarnya menyebabkan cirit-birit jika dimakan atau diminum air rebusnya. Bulu ini dapat mencucuk pada kulit yang lembut kecuali di tapak tangan dan tapak kaki. Kesannya menyebabkan gatal, pedih serta bengkak-bengkak pada kulit. Kulit kanak-kanak sangat sensitif terhadap bulu jelatang ini.

Beberapa genus dan spesis lain yang dipanggil jelatang seperti jelatang gajah, Laportea setimulans (Urticaceae), jelatang bulan, Spahaerostylis malaccensis (Euphorbiaceae), jelatang ular, Tragia (Euphorbiaceae). Jelatang gajah adalah jenis yang paling kuat kesannya. Bulu-bulu tumbuhan tersebut boleh menyebabkan kesakitan yang kuat kepada mangsa.


Datura fastuosa L.
(Kecumbung)

Bahagian utama yang memabukkan dari tumbuhan ini adalah bijinya. Datura fastuosa L. mengandungi semua bahan kimia kecuali glkosid siamosenik. Tetapi keseluruhan pokok ini adalah mabuk jika digunakan secara dalaman seperti memakannya. Asap dari pembakaran tumbuhan ini atau bijinya juga boleh memabukkan jika dihidu. Orang yang mabuk kecubung adalah berkeadaan seperti orang khayal, bercakap tidak menentu, mulut dan kerongkong menjadi kering, muka merah dan pandangan menjadi kabur. Jika dosnya berlebihan, ia boleh menyebabkan seseorang itu tidak sedar diri dan membawa maut.

Linostoma pauciflorum Griff
(Tuba luli)

Tumbuhan ini merupakan racun ikan atau tuba. Akar tumbuhan ini ditumbuk halus dan dimasukkan kedalam air. Ia digunakan untuk menuba ikan di tempat yang air tidak mengalir. Selepas kira-kira sejam, ikan-ikan yang mabuk timbul dengan bahagian perutnya keatas.

Keseluruhan tumbuhan ini beracun. Air rebusan akarnya dikatakan boleh menyebabkan sakit perut dan diikuti dengan cirit-birit. Kulit akarnya menyebabkan kepanasan pada kulit jika tersentuh. Akar tuba D. elliptica digunakan sebagai racun serangga kerana ia mengandungi sejenis bahan yang dipanggil sebagai "derrid".


Andiaris toxicaria
(Urticaceae)

Ia digunakan sebagai anak panah oleh masyarakat Borneo. Air rebusan akar boleh menyebabkan keguguran kepada wanita hamil jika diminumnya. Grehoff (1893) mengatakan ini boleh menyababkan sakit kepala, pitam, muntah, cirit-birit dan mati jika diminum air rebusnya. Ubinya memabukkan dan beracun bila dimakan.


Excoecaria agellocha L.
(Bebuta)

Getah putih yang keluar dari seluruh bahagian tumbuhan ini adalah beracun. Getah ini pedih dan panas menyebabkan kepanasan, pedih, bengkak dan pecah pada kulit jika tersentuh. Nama bebuta ini adalah berasal dari tindakannya yang boleh menyebabkan mata menjadi buta jika terkena getah pada mata. Jika diambil secara dalaman racun ini menyebabkan kepanasan usus dan kencing berdarah. (Gimlette, 1939).


Melanochyla fulvinervis Ding Hou
(Rengas)

Bahagian yang beracun pada tumbuhan ini adalah getahnya yang keluar dari bahagian batang atau dahan. Apabila ditakekkan batang tumbuhan ini, akan keluar getah yang jernih dan bertukar menjadi warna hitam. Kesannya menyebabkan kepanasan, bengkak dan melecur jika tersentuh pada kulit. Tetapi sesetengah orang tidak alergik kepada getah ini tidak akan mendapat sebarang kesan.


Theretia peruviana Schum (Bunga Jepun)

Keseluruhan pokok ini beracun terutamanya pada buah. Tumbuhan ini mempunyai bahan kimia seperti alkohid, saponin, tanin dan sebatian polifenolik serta glikosid sianogenik. Kematian pernah dilaporkan kerana memakan buahnya. Kesan yang dialami jika penggunaan secara dalaman adalah muntah, denyut nadi lemah, menggigil dan menyebabkan kematian. Sebiji buahnya sudah mencukupi untuk membunuh seorang manusia.

Trichosanthes wallichii Wight
(Pedendang gagak)

Bijihnya dikatakan mabuk. Penggunaan secara luaran tidak berbahaya. Kesan mabuk yang ditunjukkan adalah hilang keseimbangan badan, anak mata membesar dan seperti orang mabuk ganja. Biji ditumbuk halus untuk membuat ramuan racun yang bisa. Daun tumbuhan ini juga boleh menyebabkan keguguran. Bijihnya mempunyai bahan kimia seperti alkoloid, saponin, flavonoid dan glikosid sianogenik.

Rawatan

·

1. Jauhi dari tumbuh-tumbuhan tersebut. Buangkan duri atau sisa tumbuh-tumbuhan pada

kulit

·

2. Tanggalkan pakaian yang meliputi bahagian yang luka.

·

3. Basuh kawasan sentuhan dengan air dan sabun.

·

4. Jika masih terasa sakit dapatkan rawatan perubatan. Rawatan biasanya melibatkan

ubat sapuan jenis kortikosteroid dan ubat yang diambil secara oral iaitu antihistamin.

·

5. Kesan alahan dan fotodermatitis hanya wujud setelah beberapa hari, oleh itu cara terbaik

adalah dengan mengelak diri dari tumbuh-tumbuhan yang memudaratkan.

Cara Pencegahan

  1. Mengenali tumbuh-tumbuhan yang berbahaya dan tidak berbahaya di sekitar kawasan rumah.

  2. Jangan menanam tumbuh-tumbuhan yang diketahui beracun sebagai perhiasan rumah

  3. Mengajar kanak-kanak tentang tumbuh-tumbuhan beracun yang terdapat di sekitar rumah dan di kawasan mereka sering bermain,.dan melarang mereka bermain dengan tumbuh-tumbuhan tersebut.

  4. Jangan membakar tumbuh-tumbuhan beracun kerana asapnya mungkin berbahaya.

Contoh tumbuh-tumbuhan di Malaysia yang boleh menyebabkan dermatitis

Nama Melayu

Nama Saintifik

Bahagian pokok

Kandungan kimia

Mekanisma keracunan

Kelumpang Telur

Agave augustifolia

Daun

Agavoside A, Asid Oksalik

Getah dan duri boleh menyebabkan kecederaan mekanikal dan keradangan kimia

Keladi Seberang, Birah Negeri

Alocasia macrorrhiza

Bunga dan tangkai daun

Hablur kalsium oksalat

Getah menyebabkan keradangan kimia

Bunga Akar kuning, Bunga Cempaka Hutan

Allamanda cathartica

Semua bahagian

Allamandin

Getah menyebabkan keradangan kimia

Tepus

Alpinia purpurata

Semua bahagian

Asid sinamik

Kesan alahan

Gajus

Anacardium occidentale

Semua bahagian

Asid anakardik, bilobol, kardol, anakardol, metal kardanol

Keradangan kimia. Asap pembakaran kekacang atau tempurung nya boleh juga menyebabkan dermatitis.

Nenas

Ananas comosus

Getah dan duri pada daun

Bromelain,ergosterol peroksida,5-stigmastene-3b,7a-diol, b-sitosterol, kampesterol,stigmastnaol dan kampestanol.

Kesan alahan dan kecederaan mekanikal.

Bunga Flamingo

Anthurium andreanum

Tangkai dan daun

Kalsium oksalat

Keradangan kimia

Cili

Capsicum annum

Buah

Kapsaicin

Kesan alahan dan keradangan kimia

Beridin, Tukus, Dudok

Caryota mitis

Daun dan buah

Kalsium oksalat

Keradangan kimia

Kayu Manis Hutan

Cinnamomum iners

Semua bahagian

Asid sinamik, carpacin

Kesan alahan

Limau nipis, limau kesturi

Citrus spp.

Buah dan daun

Katekol, naringin, limonin,limonene, nomilin, bergamottin, tangeretin

Kesan alahan

Keladi

Colocasia esculentum

Daun dan ubi

Kalsium oksalat

Keradangan kimia

Pisang Tanah

Dieffenbachia spp.

Tangkai dan daun

Asid oksalik, kalsium oksalat, enzim proteolitik yang tidak di ketahui.

Kecederaan mekanikal dari hablur kalsium oksalat dan keradangan kimia

Pokok Duit

Epipremnum aureum

Daun

Hablur kalsium oksalat

Keradangan kimia

‘Crown of thorn’

Euphorbia milii

Tangkai dan daun

Milliamine L (sejenis ingenol esters)

Keradangan kimia dari getah sepsis ini menyebabkan ruam dan lecur selama beberapa hari.

Jarak Belanda, Jarak Pagar

Jatropha curcas

biji

Curcin, asid gliserid, 12-deoksi-16-hidroksiforbol ester

Getah menyebabkan keradangan kimia atau alahan

Mangga

Mangifera indica

Semua bahagian terutama kulit buah

Resorcinol, bebrapa jenis flavonoid, saponin, steroid, terpenoid dan bahan resin seperti yang terdapat dalam pohon ivy beracun

Keradangan kimia

Chiku

Manilkara zapota

Daun dan buah muda

Saponin

Kesan alahan

Pokok Lipan

Pedilanthus tithymaloides

Tangkai dan daun

Eupharbol

Kesan alahan

Setkrisia unggu

Setcreasea purpurea

Tangkai dan daun

Kalsium oksalat

Keradangan kimia menyebabkan ruam yang menyakitkan yang terjadi dengan serta merta.

Kelempayan, Kelembahang

Scindapsus aureus

Tangkai dan daun

Kalsium oksalat

Keradangan kimia

Pokok Sesudu

Euphorbia lactea

Semua bahagian

Ingenol esters

Getah menyebabkan keradangan kimia

Tentulang, Patah Tulang

Euphorbia tirucalli

Daun

Ingenol dan 4-deoxyphorbol esters

Getah menyebabkan keradangan kimia

Pokok Jelatang

Laportea spp

Keseluruhan pokok

Asid formik dan asid hidroklorik

Bulu tajam yang menyucuk dan membebaskan toksin apabila tersentuh dan menyebabkan rasa gatal dan terbakar pada kulit.

Jelatang Rusa

Cnesmone javanica

Keseluruhan pokok

Tidak di ketahui

Bulu yang tajam menyebabkan dermatitis.

Bebuta atau Buta buta

Excoecaria agellocha

Keseluruhan pokok

Piscicidal daphnane polyol orthoester

Getah menyebabkan keradangan kimia.

Rengas

Melanochyla fulvinervis

Batang

Phorbol

Kesan alahan

Lenga

Sesamum indicum

Keseluruhan

Sesamin, sesamolin

Kesan alahan

Artikel ini daripada sumber

  1. http://pkukmweb.ukm.my/
  2. http://blogginghouseplants.blogspot.com
  3. http://www.prn2.usm.my/


Catat Ulasan

8 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum,saya nak tanya.di mana anda jumpa pokok rengas ni?lokasi yang spesifik.kalo boleh nak area selangor.saya perlu ambil sampel pokok ni.tq.
Unknown berkata…
kalo di melaka di taman seribu bunga .air kroh
zulkanain berkata…
Hi, di mana sy boleh jumpa spesis bunga jepun? Sebab sy perlukan sampel utk kajian sy
Nur haura afeeya berkata…
Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
Nur haura afeeya berkata…
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
kmnnetwork berkata…
Wailakumsalam Nur haura afeeya