Hutan Lipur Gunung Nuang terletak di Hutan Simpan Hulu Langat yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat pelbagai flora dan fauna di sini. Kawasan hutan lipur ini juga kaya dengan pelbagai tumbuhan ubatan tradisional seperti pokok Tapak Sulaiman, Haji Samat, Pepijat, Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Mata Pelanduk dan sebagainya. Selain daripada itu terdapat juga beberapa tumbuhan yang jarang dijumpai seperti Orkid liar yang hidup subur tanpa gangguan.
Kemudahan asas yang disediakan adalah seperti pondok rehat, surau, dewan solat, chalet dan kemudahan lain untuk mandi-manda, berkhemah, trekking dan bersiar-siar. Kemudahan di sini sesuai untuk aktiviti rekreasi berkumpulan oleh murid sekolah, pertubuhan sukarela, agensi kerajaan dan swasta, penuntut-penuntut dari pusat pengajian tinggi dan sebagainya.
Terletak 17 km dari Bandar Cheras melalui Jalanraya Hulu Langat ke Pangson,28 km dari Kuala Lumpur.
Hutan lipur ini menawarkan aktiviti lasak khususnya aktiviti mendaki gunung kepada mereka yang berminat.
Ketinggian : 1493m/4898ft Lokasi : Pangsoon, Ulu Langat, Selangor
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Cheras atau Kuala Lumpur.
0 Ulasan