As salam dan salam sejahtera semua pembaca blog
Lama sungguh tak bersiaran sibu dengan tugas-tugas seharian dengan anak-anak yang semakin dewasa ketika ni so jom hari ni cerita sket je tetang gunung di utara tanahair kita
GUNUNG Bintang disenaraikan puncak tertinggi di Kedah atau di utara Semenanjung Malaysia. Program utama yang boleh di lakukan adalah merentas denai hutan sambil menyaksikan fauna dan flora, menjelajah gua serta mendaki gunung untuk menikmati panorama indah dari puncak gunung. Dengan ketinggian yang mencecah 1,862 meter.
Dari segi geografi nya puncak Gunung Bintang merupakan batu sempadan bagi daerah di dua negeri.Ini bermakna sekira pengunjung berjaya sampai ke kemuncaknya, maka mereka telah berada di Daerah Baling dan Daerah Kulim di negeri kedah dan Daerah Ulu Perak dan Daerah Selama di negeri perakk pada suatu masa yang sama.
Bermula di Hutan Lipur Sungai Sedim terletak kira-kira 30 km dari bandar Kulim perkampungan yang damai. Sedim juga lokasi pelancongan tempatan agak popular terutama kepada penggemar aktiviti lasak. Paling popular adalah water rafting sejauh 8 km menyusuri jeram deras Sungai Sedim terdapat Kulim Canopy Walk yang disenaraikan antara tertinggi, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di dunia.
INFO: Gunung Bintang
* Gunung ini terletak dalam Hutan Lipur Sungai Sedim di Kulim, Kedah
* Gunung Bintang menjadi titik sempadan antara Kedah dan Perak.
* Bagaimanapun, puncaknya terletak dalam sempadan Kedan.
* Tinggi Gunung Bintang 1,862 meter
* Menjadi sebahagian gunung dalam deretan Banjaran Bintang yang menganjur dari Selatan Thailand.
* Selain Gunung Bintang, puncak lain dalam jajaran Banjaran Bintang ialah Bukit Bokbak setinggi 1,199 m, Gunung Inas (1,801 m) dan Gunung Ulu Jernih (1,577 m).
Jangkaan masa untuk sampai ke puncak lebih kurang 12 jam bergantung kepada stamina pendaki untuk sampai ke puncak . Terdapat beberapa check point yang perlu kita sampai . CP pertama kawasan air terjun , CP kedua kawasan permatang dan CP ketiga kem bunian di sini terletaknya last water point sebelum terus ke puncak .
Antara aktiviti yang unik ialah mendaki gunung melalui denai hutan ke Gunung Inas, Gunung Bintang Utara, Gunung Bintang dan Banjaran Bintang. Selain aktiviti mandi-manda dan berkelah, pengunjung juga boleh berkhemah, merentas hutan, bersiar-siar, berkayak, mendaki gunung dan menikmati keindahan flora dan fauna yang semulajadi.
Kemudahan:
Antara kemudahan yang disediadakan adalah :
-Dewan
-Surau
-Tandas
-Tempat Penginapan/Chalet.
Aktviti :
Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah:
-Mandi manda
-Berkelah
-Kem Motivasi
-'Teambuilding'
-'Summer camp'
-'Water Rafting'
-'Rock Climbing'
-'Jungle Tracking'
-'Flying Fox'
-'River Cross'
-'Treasure hunt'
-'Jungle Walk'
-'Abseiling'
Info rujukan
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/1303/2017/07/264159/menggapai-kabus-di-gunung-bintang
http://www.mpkk.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/puncak-gunung-bintang
http://www.mpkk.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/rekreasi-sungai-sedim
0 Ulasan