Anda merancang untuk mendaki gunung di Malaysia?

 As salam semua pendaki dan pembaca.

Kepada anda yang merancang untuk memulakan hobi dan aktiviti sukan mendaki gunung di dalam suasana dan iklim di Malaysia hendaklah mereka yang terlibat perlu dan waji mengetahui beberapa perkara yang perlu anda lakukan dan bersedia sebelum memulakan perjalanan anda.


Antara perkara dan persediaan yang wajib dan perlu dilakukan seperti

  1. Dapatkan maklumat perkit,lokasi dan tempat yang ingin anda lakukan aktiviti pendakian info-info yang di kumpul dapat membantu memudahkan urusan dan masa. Mungkin juga tempat yang di pilih memerlukan bayaran permit atau bayaran guide atau sebagainya.
  2. Sediakan senarai nama peserta yang akan bersama kumpulan anda , dapatkan maklumat peribadi dan beberapa maklumat lain untuk tujuan jika berlaku kecemasan maka maklumat yang diperlukan untuk di hubungi talah berada dalam senarai anda.
  3. Laporkan kepada balai polis berhampiran sebelum memulakan pendakian nayakan waktu berangkat dan waktu pulang dan laporkan semula setelah selesai pendakian kepada balai yang sama.
  4. Pastikan pakaian dan kelengkapan yang di bawa bersesuaian dengan tempat/kawasan pendakaian anda kerana kawasan yang anda mendaki pasti berbeza-beza dari segi ketinggian gunung, iklim semasa, kawasan dan keadaan muka bumi mempengaruhi peralatan dan kelengkapan yang anda bawa.
  5. Jangan bawa barang yang tidak perlu utamakan peralatan kecemasan yang dapat membantu anda dan kumpulan
  6. Bawa pakaian yang ringan dan mudah di basuh kerana anda mendaki memerlukan tenaga yang banyak, pastikan juga bawa baju hujan atau baju kalis air dan selesa ketika berada di hutan dengan keadaan suhu yang lebih sejuk dari biasa. Warna pakaian juga yang cerah dan mudah dilihat oleh sesiapa sahaja.
  7. Sediakan kasut trekking yang bersesuaian dengan suasanan keadaan hutan yang lembab dan terkadang basah, juga bawa glove untuk melindungi tangan ketika mendaki "MALANG TIDAK BERBAU"
  8. Peralatan rawatan kecemasan juga mesti di bawa untuk persedian jika berlaku kecederaan dan sebagainya.
AKHIR SEKALI 

Sentiansa menjaga kebersihan di persekitaran kawasan pendakian dan hutan rekrasi kita bersama untuk generasi akan datang. Bawa balik dan buang sampah sarap dari bekas makanan yang anda bawa ketempat yang betul.

Sampah yang di tinggalkan akan merencatkan pertumbuhan tanaman hutan dan juga akan mengganggu para pendaki yang yang berada di kawasan sama seperti terdapat binatang berbisa dan pemangsa yang mungkin akan berada di timbunan sampah yang di tinggalkan.

SELAMAT MENDAKI DAN MENIMBA PENGALAMAN  UNTUK DIRI SENDIRI DAN ILMU KEPADA GENERASI AKAN DATANG

JABATAN POLIS DI RAJA MALAYSIA

The Tourist Development Corporation of Malaysia

JABATAN PERHUTANAN MALAYSIA


JABATAN PERHILILITAN MALAYSIA



 

Catat Ulasan

0 Ulasan