Khasiat Herbal Senduduk Putih

Tumbuhan renek berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun ada juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh dikawasan bertanah tinggi seperti Cameron Highland. Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras. Daunnya mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm. Berbanding dengan spesis berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar disesetengah tempat.


Kegunaan dan khasiat
Dari segi perubatan tradisional, senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama.

Mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap).
Caranya - Daun yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan dan juga untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.

Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air

Pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut.

Catat Ulasan

21 Ulasan

PEnG berkata…
banyak kali jumpa masuk hutan...tapi tak penah terlintas nak ambik... org tua pesan...pokok nih jangan diusik...risau org jaga... tp mmg wangi bunga dia..biasanya timbuh kat puncak2 gunung.... n tersorok
kmnnetwork berkata…
betul tu tapi jika hendak ambil sebagai kegunaan ada cara dan ayat yang perlu dibaca semoga jin atau makhluk yg menumpangnya tidak mengikut balik....sila rujuk surah Nabi Sulaiman
Rosmawati berkata…
Senduduk putih tidak semua boleh memilikinya. Walau diambil tapi bila dibawa pulang ianya akan mati tak lama kemudian. Hanya orang tertentu sahaja kerana ianya adalah pokok kesayangan puteri bunian.
Rose berkata…
Saya ada menanam dan membiak benih pokok. Sehingga ada yg berminat datang dan dibawa pulang dengan siap ada bunga sekali. Tapi akhirnya mati dan datang lg. Begitulah seterusnya. Ia tak bertahan lama. Orang yg datang bulan tidak boleh menyiramnya. Itu adalah pantang larang. Ianya mujarab bg pasangan yg sukar mendapat zuriat
Unknown berkata…
Dh klasik segini bru tau ada pokok senduduk bebunga puteh.. Masa kanak² dulu selalu nmpak bunga perple jer. Mkn buah ny mulot bewarna purple juga. Gamit² kenangan..apa jua pokok tumbuh meliar semua d mkn
.patut budak dedulu xder d gangkiti bermcm2 penyakit..alhamdulillah saya dh pun terjmpa yg mnjual pokok senduduk puteh tnpa pikir pnjang terus beli. Siapa yg berhjat wsap 0183763656 klau ada lgi kyong akan gtau yer
Unknown berkata…
sy ada menanam senduduk putih, ungu, pink, ungu hybrid.. sy juga mnjual. bnyk khasiat bha
Unknown berkata…
SAYA ADA POKOK SENDUDUT PUTIH..
Alhamdulillah. Pokok saya hidup sampai sekarang. Saya sedang kembang biakkan. Mula2 ambil beli di pasar tani pun pasang niat nk menggumpul pokok2 herba ni. Sebab minat.
Menarik. Tmot anda di mn ? Bokeh saya wslk in shj beli. Pm saya... 0133127956
Cikgu berkata…
Saya nk lh pokok ni. Lutut sakit selalu.sukar utk cikgu nk turun naik tangga. 016 4468069. Blh contact kpd yg sudi membantu
Tanpa Nama berkata…
saya ada jumpa sorang akak ni. dia ada tanam pokok ni. katanya, kalau jumpa dalam hutan,kalau nak ambik , ambik terus. sbb kalau datang sekali lagi dah hilang. tak tahulah kalau ada mistik sekali dgn pokok ni.
mann berkata…
Bunga pokok inibtidak wangi. Jangan tersalah spesies pokok.
Unknown berkata…
Tu mengarut tu,oh nenek cu tumpang guna pokok ni.Tapi dalam hutan kena jaga adab😊
Unknown berkata…
Dirumah saya banyak pokok senduduk putih ini, ianya tumbuh meliar, saya pun tak pasti juga seperti kata orang pokok ini dijaga oleh mahluk lain, tapi setakat hari ini alhamdullilah, ianya tumbuh subur
Sahar bin Misron berkata…
Alhamdulillah, saya ada tanam dulu di tempat kerja saya, skg di rumah. Subur hingga hari dengan baja MILAGRO....NAK BAJA MILAGRO wasap saya 0138338559
Unknown berkata…
Smlm nmpak pkk senduduk di celah2 pkk bunga.. Batang wrna putih.. Niat dlm hti klau bunga putih bela..esoknya tngok kuar bunga putih... Pkk x sampai 1 kki... 4 pkk plk tu... Hppy sngt...
Unknown berkata…
Rumah en,cik,puan kat mana ..saya minat dgn pokok senduduk putih
Unknown berkata…
Senduduk putih ni menjalar ke ? Sya ada sepokok, berdiri tegak
Unknown berkata…
Saya ada kt ulu tiram
Nazim berkata…
Tk menjalar. Bunga tk wangi. Sy beli sbb dgr baguih unt sle. Sy kumpul2 pokok herba. Mengkudu putih, senduduk putih, dll. Saya bc tadi, bunga tu mkn sari sekuntum spai 40 hr. Awet muda