Peluang untuk hidup di dalam hutan hujan adalah lebih baik daripada tempat lain. Hutan kita kebanyakannya lembap dan terdapat tumbuhan basah dengan embun di waktu pagi.Dengan mengumpul embun dan air hujan dengan daun yang besar dapat membantu untuk menampung air . Air dari sungai kecil biasanya selamat untuk diminum. Juga ingat, air meleleh kecil sentiasa bergerak sendiri untuk ke laluan air yang lebih besar. Ikut aliran air , biasanya akan berakhir ke sungai.
Apabila mengemas untuk perkemahan, sentiasa berfikir dan ingat "bagaimana jika saya sesat" dan apa keperluannya. Pastikan barang-barang survival kit sentiasa didalam porch bag anda dan jangan sesekali meninggalkan kem tanpanya. Berikut adalah barangan yang mesti ada dalam kit survival anda.Secara puratanya peralatan tersebut tidaklah berat lebih daripada 1kg.
- Bawa sekurang-kurangnya 3 jenis alat menghidup api contoh kanta pembesar, pemetik api, mancis.
- Satu botol kecil iodin untuk membasmi air tercemar. Gunakan satu titik yang kecil bagi setiap liter.
- Beberapa helai zip beg untuk menyimpan air
- Dental floss (100m), ringan, kuat dan mempunyai banyak kegunaan.
- Mini Torchlight
- Plastic beg heavy duty.boleh digunakan sebagai baju hujan dan pelindung air. Anda juga boleh menggunakannya untuk mengumpul air hujan.
- Pisau pelbagai guna yang diperbuat daripada carbon-steel ianya boleh digunakan untuk membuat percikan bunga api daripada bati granite.
- Krim sapu antibiotik
- Wisel untuk menarik perhatian.
- Beberapa keping makanan bertenaga (cokelat)
Walaupun ia tidak mudah untuk mencari sumber asli kering yang cukup untuk menyalakan api di dalam hutan lembap, beberapa resin, seperti pokok keruing, dan jalur-jalur kulit adalah permulaan yang baik api. Perhatikan perlindungan semula jadi. Young Leonard Hendrik dan Milos Johed, yang tersesat dalam tahun 2005 di Bau, Sarawak, menjadikan gua rumah mereka selama dua malam sebelum mereka ditemui. Perhatikan apa yang haiwan,terutama monyet, di dalam hutan makan. Apa saja yang mereka makan adalah makanan yang baik juga untuk anda.
Mematahkan dahan pokok di paras-mata iaitu lima kaki di atas tanah di sepanjang jalan untuk membantu pasukan penyelamat mengesan anda. Anda juga boleh meninggalkan timbunan batu, timbunan daun untuk tujuan yang sama. Wisel tidak pernah gagal untuk menarik perhatian dan bunyi nyaring yang boleh kedengaran jauh didalam hutan.Apabila membuat isyarat asap, anda perlu mendapatkan lebih banyak asap dengan menambah daun api. Perlu difahami bahawa dari udara anda hanya kelihatan cuma titik kecil sahaja. Cari tempat yang terbuka di mana gumpalan asap boleh meningkat di luar teduhan hutan.
Berjalan di sekitar hutan hujan tidak seperti berjalan melalui kurungan seperti didalam zoo. Jadi, jika anda bimbang tentang binatang buas yang lapar, ia sebenarnya tidak akan berlaku. Pertama, hutan terlalu tebal untuk anda melihat apa-apa hata jika musang melompat dikepala anda ianya berlaku hanya denga sekelip mata sahaja. Kedua, bau manusia adalah asing dan ia akan membuat binatang tersebut lari sebelum anda melihat mereka.Jika tidak, mereka mungkin sedang mempertahankan anak atau sarang mereka maka beri laluan kepadanya.
0 Ulasan