Pulau Pangkor



Pulau Pangkor terletak di Pantai Barat Semenanjung, di dalam negeri Perak Bumi Bertuah. Ia merupakan pusat pelancongan utama di negeri Perak sedang dimajukan sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.


Pulau Pangkor masyhur dengan industri perikanan yang telah diusahakan semenjak dahulu lagi. Pangkor membekalkan ikan segar yang berkualiti ke pasaran Kuala Lumpur dan Singapura. Selain itu hasil laut seperti bahan makanan proses dinginbeku, ikan kering, ikan bilis dan makanan ringan



Satu lagi aspek pelancongan yang kini kian popular di Pulau Pangkor ialah eko-pelancongan. Pulau Pangkor memiliki kekayaan alam semulajadi, bukan sekadar hutannya yang kaya dengan flora dan fauna serta bentuk muka bumi yang mencabar peminat aktiviti luar, malah juga kekayaan dasar laut iaitu karangan laut serta hidupan laut yang eksotik dan unik.








Tempat yang sering menjadi tumpuan remaja menjalankan aktiviti perkhemahan ialah Teluk Segadas. Di Teluk Nipah terdapat resort penginapan dan tapak-tapak perkhemahan yang menyediakan kemudahan-kemudahan asas dengan kadar sewa yang berpatutan





SURIA BEACH RESORT
JENIS BILIK
ISNIN-KHAMIS
JUMAAT-AHAD

CUTI SEKOLAH
CUTI UMUM
STANDARD ROOM
RM80.00
RM100.00
RM150.00
CHALET
RM100.00
RM130.00
RM200.00
DELUXE ROOM
RM120.00
RM150.00
RM240.00
FAMILY ROOM
RM120.00
RM150.00
RM240.00

Suria Beach Resort mempunyai 8 unit Standard Room, 8 unit Chalet, 24 unit Deluxe Room dan 5 unit Family Room. Ia boleh menampung 150 orang dalam satu-satu masa. Setiap bilik disediakan kemudahan seperti air-cond, TV Astro dan bilik air di dalam (hot & cold shower).



Tempat penginapan di Pantai Pasir Bogak iaitu Puteri Bayu Beach Resort dan Coral Bay Resort. Manakala Pantai Teluk Nipah iaitu Pangkor Inn Chalet, Pangkor Bay View,Pangkor Indah Beach Resort, Purnama Beach Resort, Palma Beach Resortdan Nipah Water Front.

Sila hubungi kami untuk tempahan penginapan di talian

014-343 4750 (En. Nor Izwan Abas)
017-5253433 (En. Shaharudin)

017-5165547 (Pn. Azlina).


Catat Ulasan

0 Ulasan