Gunung Ledang

Terletak kira-kira 15 km dari bandar Tangkak,Johor dan Lebuh Raya Utara Selatan

Hutan Lipur Berkelah, Maran

45 km dari Bandar Maran dan 45 km dari Bandar Kuantan melalui Jalan Maran-Kuantan.

Air Terjun Batu Hampar

Terletak di kampung Air Puteh, Serdang. lebih kurang 15km dari Sg Kechil Ilir.

Air Terjun Jerangkang

26 kilometer dari bandar Maran dan 50 kilometer dari bandar Kuantan memiliki keunikan tersendiri

PANTAI POK TUNGGAL, INDONESIA

berada di kawasan Gunungkidul, Yogyakarta ke lokasi pantai berjarak sekitar 70 km.

7 November 2011

Langkah yang perlu jika sesat di hutan

Anda perlu memikirkan dari mana anda datang dan mengesan ia kembali jejak perjalanan anda. Mak sudah tentu peta, kompas dan satu unit GPS mungkin dapat menyelesaikan masalah anda lebih mudah.



Jangan membuat bising ini akan menarik kehadiran haiwan, anda hanya perlu memilih hala tuju. Puncak bukit untuk mencari aliran air, kemudian ikuti sehingga ia menjadi sungai, yang akan membawa anda keluar dari hutan. Pilih arah perjalanan dengan bijak dan jika ia ternyata tidak baik, cepat pilih pelan baru.

Dengan jarak penglihatan yang rendah, anda perlu untuk mencari bukit atau tempat tinggi untuk mendapatkan pemandangan anda. Keadaan muka bumi di dalam hutan terdapat kawasan rendah dan yang lebih tinggi daripada yang lain menunjukkan mungkin terdapat sungai jadi teruskan dan ikut laluan tersebut. Kawasan yang lebih luas adalah berkemungkinan terdapat sungai, dan peluang anda untuk mencari penempatan.

PRINSIP ASAS IKTIAR HIDUP DALAM HUTAN


Adakalanya, seseorang atau kumpulan pendakai/penjelajah menghadapi dirinya atau kumpulannya didalam suatu situasi semasa mengembara didalam hutan dimana makanan yang dibawa telah kehabisan atau kurang. Adalah sangat penting didalam keadaan sebegini apakah makanan yang terdapat didalam hutan yang boleh di makan.

Situasi yang lebih teruk boleh berlaku dimana seseorang atau Kumpulan itu sesat semasa menjelajah atau exipedisi dalam hutan.

Dalam keadaan sebegini, seseorang harus tahu bagaimana hendak hidup diatas bumi hutan kita dan bagimana hendak bergerak dengan tepat didalam hutan berkenaan. Dia kemungkinan perlu melakukan ini dalam satu jangka masa yang lama dan perlu menunjukan disiplin diri dan inisiatif yang paling tinggi jika dia mahu terus hidup dan keluar dengan selamat dari hutan tersebut.

Apabila kita sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk terus hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had maxima kemampuan pisikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu kemahuan untuk terus hidup.

UNDANG – UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP

Khasiat Herbal Senduduk Putih

Tumbuhan renek berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun ada juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh dikawasan bertanah tinggi seperti Cameron Highland. Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras. Daunnya mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm. Berbanding dengan spesis berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar disesetengah tempat.


Kegunaan dan khasiat
Dari segi perubatan tradisional, senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama.

Mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap).
Caranya - Daun yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan dan juga untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.

Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air

Pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut.

Rawatan terkena racun tumbuhan

Langkah-langkah yang perlu diambil jika terkena/termakan tumbuhan beracun


  1. Kenalpasti jenis tumbuhan tersebut.
  2. Berapa banyak dan bahagian mana tumbuhan tersebut yang dimakan.
  3. Berapa lama tumbuhan itu telah dimakan.
  4. Lihat simptom yang terdapat pada mangsa seperti muntah, gatal, cirit-birit dan sebagainya.
  5. Jika mangsa tidak muntah, masukkan jari ke dalam mulut mangsa sehingga muntah bagi mengeluarkan racun.
  6. Beri mangsa minum air atau susu bagi melarutkan toksid yang ada dalam badan mangsa.
  7. Bagi rawatan lanjut, bawa mangsa ke hospital.


Rawatan awal adalah penting bagi menyelamatkan mangsa. Punca sebenar hendaklah dikenalpasti bagi mendapatkan penawar yang sesuai. Jika keterangan yang diberikan tidak tepat kemungkinan mangsa akan mengalami sakit yang lebih serius yang akhirnya mungkin akan menyebabkan kematian. Ada racun yang bertindakbalas dengan pantas dan ada yang sebaliknya terhadap tubuh manusia. Ini bergantung kepada kadar toksid yang terdapat pada tumbuhan tersebut.

Tumbuhan beracun

Beberapa jenis tumbuhan beracun

Candelabra Cactus (Euphorbia lactea)
Keterangan tentang pokok:

Mempunyai banyak duri atau, apabila ditoreh mempunyai banyak susu getah, bercabang dan mempunyai jalur putih di bahagian tengah pada setiap batang .

Bahagian beracun:
Daun, batang dan getah susu.

Kesan keracunan:
Jika termakan akan menyebabkan kerangsangan, sakit perut, muntah, cirit-birit, rasa terbakar pada mulut, tekak dan lidah.


Castor Bean (Ricinus communis)
Keterangan tentang pokok:
Mempunyai ketinggian sehingga 5 meter dan berdaun lebar berbintik hitam,coklat dan putih berkilat. Buahnya berduri.

Bahagian beracun:
Seluruh bahagian terutama pada bijinya.

Kesan keracunan:
Jika termakan akan menyebabkan muntah dan cirit-birit.





Chinaberry Tree (Melia azedarach)
Keterangan tentang pokok:
Setiap dahannya mempunyai lembar daun, mempunyai batang yang besar dan bunganya yang berkedut berwarna ungu dan kuning dalam beberapa jambak.

Bahagian beracun:
Kulit kayu, buah, bunga dan daun.

Kesan keracunan:
Memberi kesan pada perut seperti muntah dan cirit-birit. Susah bernafas dan pernafasan tidak teratur.

26 Jun 2011

Tip dan persediaan jika sesat di hutan


Anda sesat di hutan. Perkara buruk yang anda mungkin lakukan adalah untuk berlegar di sekeliling di kawasan anda sendiri. Menilai situasi anda. Tanyalah diri anda apa yang perlu anda lakukan hari ini dan sekarang, untuk bertahan dan seberapa lama makanan anda akan bertahan. Keutamaan adalah melakukan kerja-kerja yang paling penting akan menyelamatkan kamu. Jika berlarutan hingga malam, anda perlu mencari mencari perlindungan dengan serta-merta maka ini menjadi keutamaan anda.


Peluang untuk hidup di dalam hutan hujan adalah lebih baik daripada tempat lain. Hutan kita kebanyakannya lembap dan terdapat tumbuhan basah dengan embun di waktu  pagi.Dengan mengumpul embun dan air hujan dengan daun yang besar dapat membantu untuk menampung air . Air dari sungai kecil biasanya selamat untuk diminum. Juga ingat, air meleleh kecil sentiasa bergerak sendiri untuk ke laluan air yang lebih besar. Ikut aliran air , biasanya akan berakhir ke sungai.


Apabila mengemas untuk perkemahan, sentiasa berfikir dan ingat  "bagaimana jika saya sesat" dan apa keperluannya. Pastikan barang-barang survival kit sentiasa didalam porch bag anda dan jangan sesekali meninggalkan kem tanpanya. Berikut adalah barangan yang mesti ada dalam kit survival anda.Secara puratanya peralatan tersebut tidaklah berat lebih daripada 1kg.

18 Jun 2011

Merawat Kudis, Luka dan gatal gigitan nyamuk

Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka.

Hanya menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan luka akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan menggunakan kulit pisang ianya juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis (radang perut).


Khasiat pisang dari sudut kesihatan

  • Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  • Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.
  • Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  • Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  • Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  • Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.



INFO


1- Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.
2- Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.
3- Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
4- Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.


15 Mac 2011

Gunung Ledang (Sagil,Johor/Asahan, Melaka)


Mount Ophir (Gunung Ledang) has made it one of Johor's most popular attractions for hikers and birdwatchers. There two known ways of reaching the summit. One is from Sagil, a town in Johor, the other is through Asahan, Melaka. The shorter route is from Asahan. Gunung Ledang ( or Mount Ophir as it is otherwise better known ) is the most visited mountain in Malaysia.

the place is easily accessible and suitable for beginners who wants to feel what mountains in Malaysia are really like. Some groups are using this mountain as a training ground for other challenging venues.The Ledang trail starts from Gunung Ledang resort, near Sagil village is close to the Malacca and Johor border.

The other way of reaching the summit is through Asahan trail in Melaka, an easier route.
The paved road starts besides the river leading and leads towards a few staircases till an open gate, where the real climbing begins.

Geology of Gunung Ledang.
The Gunung Ledang granitic mass is made up basically of a medium to coarse-grained non-porphyritic granite grading, in parts, into adamellite. Leucocratic varieties are also present, although such rocks are generally less common.
Ledang Peak

The granitic mass intrudes into the Middle to Upper Triassic sedimentary rocks in the central portion of the area. The age of this intrusive. It is estimated at 57 million years (Lower Tertiary).

13 Februari 2011

Cekur (Kaempferia galangga)

Sejenis herba dari keluarga Zingiberaceae iaiitu sama seperti tanaman halia dimana mudah ditanam dan subur di tanam di iklim tropika seperti Malaysia.

Pokok cekur mempunyai daun lebar antara 4-7 cm dan panjang 5-12 cm berwarna hijau muda dan umbisi kecil seperti halia kecil. Daun dan umbisi / Rizom cekur mempunyai aroma atau bau yang kuat dengan warna umbisi kekuningan.

Cekur mengandungi bahan yang berkhasiat seperti cineol, borneol, 3-carene, camphene, cinnmaldehyde, kaempherol, ethyl cinnamate, p-methoxycinnamic acid dan sebagainya. Ekstrak cekur digunakan sebagai 'repellent untuk jauhkan nyamok termasuk nyamuk aedes dan culex. Cekur yang dilumatkan juga dipercayai mampu mengubati sakit kulit.

Selaput tunggul (Mikania Micrantha )

Selaput tunggul pokok memanjat serta menjalar. Ia tergolong dalam kumpulan rumpai, yang memerlukan masa serta wang ringgit untuk membasmi dari terus menutupi kebun atau pokok yang lebih berfaedah.Selaput tunggul cepat membiak. Jika seminggu tidak menjenguk kebun, pasti selaput tunggul telah menjalar dan membelit sayuran atau tanaman.

Spesies Mikania Micrantha digemari binatang ternakan lembu serta kambing. Dari segi perubatan tradisional ia boleh dijadikan ubat penahan darah.Gunakan beberapa helai dengan ramas daun hingga ia mengeluarkan jus berwarna hijau dan lekapkan kepada luka untuk menahan pendarahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...