7 November 2011

Khasiat Herbal Senduduk Putih

Tumbuhan renek berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun ada juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh dikawasan bertanah tinggi seperti Cameron Highland. Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras. Daunnya mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm. Berbanding dengan spesis berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar disesetengah tempat.


Kegunaan dan khasiat
Dari segi perubatan tradisional, senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama.

Mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap).
Caranya - Daun yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan dan juga untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.

Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air

Pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut.

4 ulasan:

PEnG berkata...

banyak kali jumpa masuk hutan...tapi tak penah terlintas nak ambik... org tua pesan...pokok nih jangan diusik...risau org jaga... tp mmg wangi bunga dia..biasanya timbuh kat puncak2 gunung.... n tersorok

KMN Network berkata...

betul tu tapi jika hendak ambil sebagai kegunaan ada cara dan ayat yang perlu dibaca semoga jin atau makhluk yg menumpangnya tidak mengikut balik....sila rujuk surah Nabi Sulaiman

Rosmawati berkata...

Senduduk putih tidak semua boleh memilikinya. Walau diambil tapi bila dibawa pulang ianya akan mati tak lama kemudian. Hanya orang tertentu sahaja kerana ianya adalah pokok kesayangan puteri bunian.

Rose berkata...

Saya ada menanam dan membiak benih pokok. Sehingga ada yg berminat datang dan dibawa pulang dengan siap ada bunga sekali. Tapi akhirnya mati dan datang lg. Begitulah seterusnya. Ia tak bertahan lama. Orang yg datang bulan tidak boleh menyiramnya. Itu adalah pantang larang. Ianya mujarab bg pasangan yg sukar mendapat zuriat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...