19 September 2013

KOTAK KECEMASAN PERIBADI PENDAKI

Setelah anda menyiapkan diri dengan kesihatan dan kekuatan tubuh badan sebelum mendaki, anda perlu juga menyediakan sebarang ubat melawan penyakit semasa pendakian.Kebiasanya kebanyakan pendaki menghadapi masalah dengan kesan acute gunung(Acute Mountain Sickness), kecederaan buku lali, lutut,anggota badan melecur dan sakit perut(kesan dari air gunung yang tak bertapis). Adalah di nasihatkan anda membawa bersama Kit perubatan sendiri.


Dibawah ini di senaraikan ubat-ubatan yang perlu anda bawa:



KOTAK KECEMASAN PERIBADI

  1. Ubatan tahan sakit (paracetamol/PANADOL mencukupi.Ubatan tahan sakit yang kuat tidak digalakkan kerana ia memberi kesan sampingan kepada penyakit perubahan altitude
  2. Ubatan merawat kulit melecur
  3. Penahan loya/muntah
  4. Anti- alahan(histamines)
  5. Penahan cirit-birit(Imodium or other anti-Diarrhea tablets )
  6. Plasters luka
  7. Krim penahan matahari untuk kulit dan bibir
  8. Penyokong lutut.
  9. Paket garam rehidrat (oral rehydration salts)
  10. Ubatan pelindung serangga DEET

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...