Pokok mali-mali untuk rawatan luka





Pokok Mali-Mali ialah sejenis pokok hutan. Ketinggian pokok matang ialah di sekitar 5 – 7 kaki sahaja. Pokok ini hidup subur di Rembau Selatan, khususnya di kampung-kampung ianya banyak terapat di kaki Gunung Datuk, Rembau.



Pokok itu dikatakan mujarab dalam merawat penyakit-penyakit tertentu ataupun sesuai pada sudut penjagaan kesihatan diri. Bagaimanapun , kelucuan tersebut tidaklah pula mengambarkan bahawa pokok mali-mali ini sejenis tumbuhan yang tidak berguna.Ia nya berguna pada sudut rawatan luka dan kaedah penggunaannya agak mudah.


Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun pokok mali-mali dan kemudiannya tumbuklah sehingga mengeluarkan air.Airnya agak bergetah sedikit . Ia terus di pupuk kepada bahagian yang terkena luka tadi. Tampalkannya sehingga darah berhenti mengalir.Kaedah tersebut bergantung kepada sebesar mana luka yang dialami, jika besar , daunnya mungkin banyak sedikit.


Catat Ulasan

0 Ulasan