18 April 2008

Hutan Lipur Gunung Belumut

Hutan Lipur Gunung Belumut (Johor) mempunyai persekitaran yang indah dengan pokok-pokok yang menghijau dan suasana semulajadi yang tenang, segar dan nyaman pasti menawan hati setiap pengunjung ke sini. Terdapat air terjun dan jeram-jeram yang menarik di sepanjang sungai yang mengalir di dalam kawasan ini. Hutan lipur ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti rekreasi luar seperti berenang, berkelah, berkhemah dan treking.

Dari puncak gunung pengunjung dapat menghayati pemandangan indah Hutan Hujan Tropika yang unik dan mengkagumkan. Pengunjung juga boleh melihat pelbagai spesies burung yang terdapat di kawasan ini.

Pengunjung juga berpeluang untuk mendaki ke puncak Gunung Belumut setinggi 1,004 meter, yang merupakan gunung yang tertinggi di daerah Kluang. Pendakian melalui denai hutan sepanjang 6 km mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke puncaknya. Di sepanjang perjalanan pengunjung dapat melihat pokok-pokok dan batu-batan yang ditumbuhi lumut yang tebal dan lembab menandakan puncak gunung telah hampir ditakluki.

Terletak 32 km dari Bandar Keluang iaitu melalui Jalanraya Keluang-Mersing, 137 km dari Bandar Johor Bahru.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Keluang melalui Felda Ulu Dengar.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ape no tlepon hutan lipur gunung belumut???? supaya senang sy nk hubungi.... dan dptkn maklumat

richard berkata...

Lestarikan hutan indonesia.