 Hutan Lipur Gunung Nuang          terletak di Hutan Simpan Hulu Langat yang mempunyai jenis Hutan          Dipterokarp Bukit. Terdapat pelbagai flora dan fauna di sini. Kawasan          hutan lipur ini juga kaya dengan pelbagai tumbuhan ubatan tradisional          seperti pokok Tapak Sulaiman, Haji Samat, Pepijat, Tongkat Ali, Kacip          Fatimah, Mata Pelanduk dan sebagainya. Selain daripada itu terdapat juga          beberapa tumbuhan yang jarang dijumpai seperti Orkid liar yang hidup          subur tanpa gangguan.

    Kemudahan asas yang disediakan adalah seperti pondok rehat, surau, dewan          solat, chalet dan kemudahan lain untuk mandi-manda, berkhemah, trekking          dan bersiar-siar. Kemudahan di sini sesuai untuk aktiviti rekreasi          berkumpulan oleh murid sekolah, pertubuhan sukarela, agensi kerajaan dan          swasta, penuntut-penuntut dari pusat pengajian tinggi dan sebagainya.
Terletak 17 km dari Bandar Cheras melalui Jalanraya Hulu Langat ke Pangson,28 km dari Kuala Lumpur.
Hutan lipur ini menawarkan aktiviti lasak khususnya aktiviti mendaki gunung kepada mereka yang berminat.
Ketinggian : 1493m/4898ft Lokasi : Pangsoon, Ulu Langat, Selangor
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Cheras atau Kuala Lumpur.
 
 Catatan
Catatan
 
0 Ulasan