Beli Peta - Jabatan Ukur dan Pemetaan Online Maps



Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan menjalankan aktiviti pengukuran hakmilik tanah berdasarkan kepada Kanun Tanah Negara (KTN) 1965. JUPEM Negeri adalah bertanggungjawab untuk menjalankan ukuran halus bagi lot-lot tanah dan penyediaan Pelan Akui bagi tujuan pengeluaran hakmilik tanah. 


Dengan pelaksanaan projek-projek pengkomputeran yang giat di semua JUPEM Negeri seperti Sistem Pengurusan Data Kadaster (SPDK) dan Sistem Automasi Pejabat Ukur Daerah (SAPD) dalam aktiviti ukuran hakmilik tanah, JUPEM Negeri telah berjaya mewujudkan Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) yang mengandungi lot-lot kadaster berdigit serta Pangkalan Data Imej Dokumen (SPID) yang merupakan imej-imej pengimbasan 

Pelan Akui dalam format TIFF. Di samping itu, produk-produk ini boleh juga didapati dalam bentuk bercetak di semua kaunter jualan JUPEM Negeri. 

Jika anda berminat untuk membeli atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk berdigit tersebut, berikut adalah senarai lengkap mengikut kategori. Senarai Produk yang boleh dibeli secara online melalui https://www.jupem.gov.my/halaman/peta-tidak-terhad




Lot Kadaster Berdigit � 
Pelan Akui � 
Lembar Piawai Produk Pemetaan � 
Peta Topografi Tidak Terhad � 
Peta Topografi Terhad � 
Model Paramuka Berdigit � 
Peta Tematik � 
Peta Pelbagai � 
Fotograf Udara � 
Ortofoto � 
Perkhidmatan Lain � 
Penerbitan Produk Geodetik � 
Stesen Kawalan GPS � 
Tanda Aras � 
Data Graviti Perkhidmatan Geodetik � 
Transformasi Koordinat � 
Hitungan Ketinggian Geoid � 
MyRTKnet Data � 
Peta Geoid (30km x 30km) 

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau komen, sila beri maklum balas dialamat : 
Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia, Wisma JUPEM, Jalan Semarak, 50578 Kuala Lumpur Tel: 03-26170800 Fax : 03-26933618 Email : webmaster@jupem.gov.my

Catat Ulasan

0 Ulasan