Monday, October 11, 2010

Buah hutan tidak beracun




Nama Tempatan: Lemba
Nama Saintifik: Cucurligo Latifolia
Nama Lain: Lamba,pinang puyuh
Famili: Hypoxidaceae
Lokasi dijumpai: Dibelukar dan hutan

Sejenis tumbuhan yang agak sukar dijumpai dan ia hidup di kawasan hutan-hutan kecil ataupun semak-semak kecil. Pohonnya tidak beberapa besar yang berukuran lebih kurang 2 kaki tinggi dan berdaun kelihatan seperti buluh tetapi dan lebih lebar serta berwarna hijau.. Apabila ia berbuah, buahnya boleh didapati dicelah-celah daun dan ianya boleh dimakan.



Istimewanya buah lemba ini, apabila dimakan ia terasa macam susu, buahnya berbiji halus berwarna hitam dan apabila kita makannya ianya mempunyai kandungan manis yang agak lama jika ia melekat dilidah hinggakan kita minum air putih kosong terasa manisnya.

Khasiat : Untuk menyembuhkan sakit kepala dan penyakit ulser mulut

2 comments:

Anonymous said...

Saya masih ingat mencari buah lemba di belukar. Tidak senang hendah jumpa. Yang penting, bila dapat, lepas makan buah lemba, terus makan buah lokam/rokam atau buah cermai yang masam, pasti rasa dua-dua buah itu manis. :)

KMN Network said...

betul tu saya setuju!!