11 Oktober 2010

Tumbuhan liar - Buah Salak



Salak, Salacca edulis (Reinw), adalah sejenis tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Palmae. Rasanya unik masam, manis serta berbau wangi.

Satu tangkai daripada tandan buah salak boleh mencapai berat antara 1 hingga 1.5 kilo. Buah dituai dengan memotong tandan menggunakan sabit. Buah yang masak boleh disimpan selama 7 hari.

Pokok ini kerap dijumpai di kawasan yang mempunyai aras air tanah yang tinggi atau curahan hujan yang banyak sepanjang tahun.

Kampung Pasir Dusun, Jeliar, Belahat, Air Canai antara lokasi penanaman salak yang tersohor di kawasan Jeli. Sejak peningkatan harga salak tersebut, ramai penduduk kampung menanam pokok salak di persekitaran rumah mereka. Tidak hairanlah kalau pokok salak menjadi tumbuhan hiasan di halaman rumah dan persekitarannya. Penjagaan yang rapi dan persekitaran yang bersih mampu mempercepatkan buah dihasilkan.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...