Ubat-ubatan tradisional dari tumbuhan hutan



Berjenis-jenis tumbuhan dengan bermacam-macam cara digunakan untuk mengubati berjenis-jenis penyakit seperti digigit binatang berbisa , lelah, sakit buah pinggang, keracunan , lemah tenaga batin, batuk kering dan lain-lain lagi. Salah satu daripadanya ialah tumbuhan paku-pakis.

Tumbuhan paku-pakis (pteridofit) merupakan golongan tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri khas yang tidak dijumpai pada golongan tumbuhan yang lain. Ciri utama yang membezakannya ialah dengan setiap daun muda yang dikeluarkan berbentuk seperti satu gelungan tali (krozier). Ciri lain yang sangat nyata ialah semua tumbuhan ini menghasilkan spora yang terbentuk di dalam sporangium.


Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 500 spesies paku-pakis sejati daripada sejumlah 10 000 spesies yang terdapat di seluruh dunia.

Rumpun - SELANGINELLACEAE
Spesis - Selanginella plana (Desv.) Hieron
Lokasi - Banyak dijumpai di kawasan lembap dan teduh yang tingginya lebih kurang 750m dari paras laut biasa terdapat di lantai hutan di tropika da subtropika.
Kegunanan dan cara penggunaan
Sebagai ubat penahan darah

Cabang paku-pakis dikunyah sampai halus dan kemudiannya di tampal pada bahagian yang mengalami pendarahan bahagian tersebut seterusnya dibalut dengan kain bersih dan dibiarkan sehingga pendarahan terhenti

Catat Ulasan

0 Ulasan