17 Oktober 2010

Ringkasan Kesalahan Hutan

Mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 ( Pindaan 1993)

Denda maksima RM 500,000 dan dipenjarakan tidak kurang dari 1 tahun dan
tidak melebihi 20 tahun.
Seksyen 15 – Mengambil Hasil Hutan daripada Hutan SimpananKekal atau Tanah Kerajaan tanpa lesen yang sah Seksyen 40 – Memindahkan Hasil Hutan tanpa Pas Memindah daripada Tanah Berimilik, TOL, Lombong dan Tanah Rizab.
Seksyen 86 – Memalsukan atau merosakkan, atau Memiliki alat bagi tujuan pemalsuan, tanda pada pokok dan balak dan mengubah sempadan

Denda maksima RM 50,000 dan/atau dipenjarakan maksima 5 tahun
(Termasuk kesalahan seperti pekerjaan yang menyalahi undang-undang atau menjalankan aktiviti di dalam Hutan Simpanan Kekal; Memindahkan hasil hutan tidak pada tempat dan waktu yang ditetapkan; Mengambil atau mengutip sebarang hasil hutan termasuk rotan, buah-buahan, tumbuhan herba, mineral; dan membuang atau melupuskan sebarang bahan buangan; Larangan membakar dan menghalang pegawai dari menjalankan tugas atau enggan memberi kerjasama).

Seperti dalam Seksyen 32, 66, 67, 68, 69, 81(1)(b), 81(1)(c), 82(1), 84, 85, 87, 92, 96, 97, 98 & 100

Denda maksima RM 10,000 dan/atau dipenjarakan maksima 3 tahun
Kesalahan termasuk memasuki Hutan Simpanan Kekal; penggunaan jalan hutan, melepaskan ternakan; membenarkan ternakan meragut. Mencari, mengambil atau memindah apa-apa hasil hutan atau mineral; membersih atau membajak tanah dengan tujuan pertanian atau maksud lain; Menggunakan bahan beracun atau bahan letupan bagi maksud menangkap ikan atau memasang jerat atau menjebak)

Seperti dalam Seksyen 47, 50(4), 81(1)(a), 81(1)(d), 81(1)(e), 81(1)(f) & 83

Untuk keterangan lanjut mengenai kesalahan hutan mengikut seksyen












Denda Yang Dikenakan Di Bawah Akta Perhutanan Negara 1984 Dan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 1993 - Lampiran II

Seksyen

Keterangan Seksyen

Denda

15
Mengambil hasil-hasil hutan daripada HSK & TK tanpa kebenaran
Tidak melebihi RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun.
25 (2)
Tidak mematuhi Notis
Borang 2
Tidak melebihi RM 50,000 dan atau penJara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya tidak lebih RM 1,000 tiap hari/sebahagian hari kesalahan berterusan.
32 (1)
Menduduki/menjalankan sebarang aktiviti dalam HSK tanpa kebenaran
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
40 (1)
Memindah hasil hutan tanpa LP dari kawasan:
i. Tanah berimilik
ii. Tanah Lesen Pendudukan sementara
iii. Lombong
iv. Rizab
Tidak melebihi RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun.
47 (1) & (4)
Memasuki Hutan Tertutup tanpa kebenaran
Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
50 (4)
Mengguna jalan hutan tanpa permit jalan
Tidak melebihi RM 10,000
66 (4)
Tidak mematuhi arahan PPN di bawah sek. 66 (1) (2) & (3) -penentuan tempat pengukuran hasil hutan
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
67 (2)
Tidak mematuhi arahan PPN di bawah sek. 67 (1) - penentuan tempat pengukuran hasil hutan melalui LP
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
68 (4)
i. Memiliki, menjaga/ mengawal apa-apa hasil hutan tanpa pas pemindah  
ii. Enggan menyerahkan Pas Pemindah untuk pemeriksaan
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
69 (3)
i.Operator loji penukaran tidak memiliki pas pemindah dan rekod pengukuran yang sedang ditukar/ berada di dalam kawasan loji
ii. Enggan menyerahkan Pas Pemindah dan rekod ukuran untuk pemeriksaan
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
81 (1)
Perbuatan dilarang dalam HSK:
a. melepaskan ternakan/ membenarkan ternakan meragut
b. menebang, memotong, menggelang, menanda, menutuh/menoreh mana mana pokok; atau merosakkan dengan api atau memindahkan mana mana pokok atau kayu
c. menyebabkan apa-apa kerosakkan semasa menebang/memotong/ mengheret pokok/kayu
d. mencari, mengambil, mendedahkan kepada apa-apa proses pengilangan/memindah apa-apa hasil hutan atau mineral
e. membersih/membajak tanah untuk tanaman atau maksud lain  
f. menggunakan bahan beracun, atau dinamit atau bahan letupan lain di dalam sungai atau tasik bagi maksud menangkap ikan; atau memburu, menembak, menangkap ikan atau memasang jerat atau menjebak
g. menceroboh dengan apa jua cara yang sebelum ini tidak dilarangi dalam seksyen ini
-
Tidak melebihi RM 10,000  
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya  
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
Tidak melebihi RM 10,000 atau penJara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.
Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
81(1)
Larangan membakar dalam HSK
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
83
Membuang sampah sarap secara mengganggu
Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
84
Memiliki, menjaga / mengawal hasil hutan secara menyalahi undang- undang
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
85
Bawa masuk hasil hutan daripada lain negeri tanpa pas pemindah
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
86
Melancung/mencacat/ memiliki alat bagi melancung, tanda pada pokok dan kayu dan mengubah tanda sempadan
Tidak lebih RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun. Tidak boleh di kompaun.
87
Panalti am
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
92(3)
Enggan memberi kerjasama Ruj. sek. 92 (2)
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
93(2)
Mengusik, memindah, merosak atau memusnahkan barang-barang yang disita
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
96(2)
Menghalang pegawai hutan untuk memasuki atau memeriksa loji penukaran
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
97(2)
Enggan mematuhi larangan Seksyen 97 (1) larangan pengambilan hasil hutan atas sebab silvikultur dan lain-lain
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
98(2)
Tidak mematuhi larangan Seksyen 98 (1)
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
100
Memberi maklumat palsu
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya
107
Salah guna kuasa

Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

Rujukan http://www.forestry.gov.my

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...