Gunug Irau/Brinchang - Cameron Highland

Gunung Irau dan Gunug Brinchang Cameron Highland Pahang


Gunung Irau merupakan salah satu gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 2000 meter di Semenanjung Malaysia. Terletak di utara pekan Brinchang di Cameron Highland, Gunung Irau merupakan salah satu gunung yang popular dikunjungi oleh pendaki pada hujung minggu.

Gunung Irau merupakan salah satu yang paling unik. Ia penuh berlumut (mossy forest) dari lantai trek ke puncak pokok. Keadaan ini menyebabkan suhu di dalam hutan di antara 13-17 darjah celcius. Sekiranya anda berhenti berehat seketika, besar kemungkinan boleh terlihat haba (dalam bentuk wap) badan keluar dari paras bahu hingga ke kepala. Keadaan hutan berlumut juga merupakan permandangan yang cantik dan agak unik. Berdiri di dalam hutan berlumut di Gunung Irau umpama anda sedang berada di dalam Fangorn Forest dalam filem Lord of The Rings.



Mendaki Gunung Irau bermula dari tempat parking kereta di puncak Gunung Brinchang.Gunung Brinchang mempunyai jalan bertar yang paling tinggi di Malaysia. Trek Gunung Irau agak tersembunyi, ia berada di atas sebuah dinding tanah betul betul di belakang tempat parking kereta Gunung Brinchang. Keadaan trek amat berlumpur disebabkan ia kerap digunakan pendaki. Trek adalah jelas kelihatan dan ditanda dengan ikatan tali serta papan tanda dan batu pembahagi sempadan negeri. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk melaporkan diri/kumpulan pendaki di Balai Polis Brinchang sebelum mula mendaki.

Camner nak pegi cari kat sini



Gunung Irau tidaklah amat besar dan hanya boleh memuatkan kira kira 5 khemah. 3/4 kawasan puncak diliputi pokok yang ketinggian kira kira 2 meter. Permandangan di puncak amat menarik dimana anda boleh melihat gunung ganang yang terletak di Banjaran Titiwangsa. Jalan raya merentasi banjaran, yang menyambungkan Blue Valley (Cameron Highland) dengan Simpang Pulai (Ipoh) jelas kelihatan. Suhu dipuncak boleh mencapai bawah 10 darjah celcius pada waktu malam.

Gunung Irau sesuai dijadikan destinasi pendakian kepada mereka yang gian mendaki tetapi tidak mempunyai banyak masa lapang. Ia juga sesuai dijadikan "day trek" pada hujung minggu kepada sesiapa yang melancong ke Cameron Highland. Kepada yang gemar berkhemah, anda bolehlah menetap semalaman di puncak Gunung Irau dan merasai cuaca yang sejuk dan permandangan yang menarik.

Untuk mendaki dan bermalam di Gunung Irau, anda perlu memohon permit daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Permohonan boleh dibuat secara atas talian dilaman web forestry.pahang.gov.my

Bayaran permit, ia hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands. Permit dikeluarkan hanya untuk 100 orang pendaki setiap hari. Yuran permit telah naik dari RM5 ke RM10 bermula Februari 2017.

Maklumat pendakian seperti senarai ahli mendaki, waris yang boleh dihubungi, waktu dijangka tamat aktiviti mendaki dan sertakan salinan permit mendaki hendaklah diserahkan kepada balai polis Brinchang.


Catat Ulasan

0 Ulasan