BAGAIMANA NAK CAS PHONE SEMASA CAMPING SEPERTI DI LAUT, PANTAI ATAU HUTAN ?

As salam semua dan selamat sejahtera

Di era moden sekarang ni tahun 2023 terdapat pelbagai cara dan peralatan yang boleh kita dapat untuk megecas telefon bimbit atau smart phone kita. Antara peralatan yang kita bawa untuk mengecas yang paling biasa adalah power bank tetapi terdapat juga peralatan lain yang juga boleh kita gunakan untuk tujuan yang sama.


Peralatan yang kita bawa juga mempunyai pelbagai perkara yang perlu kita ketahui di mana ianya boleh digunakan dan pada waktu mana ianya sesuai digunakan. Di bawah ini disenaraikan peralatan yang boleh digunakan untuk mengeas telefon anda ketika berada pada situasi anda ketika berkemah atau berada di luar kawasan belakan elektrik

  1. Power bank
  2. Solar charger
  3. Biolite Biolite CampStove 2+
Daripada senarai peralatan di atas tidak semua sesuai pada semua keadaan tapak perkemahan kita maka anda perlu memastikan kesesuaian produk dengan situasi anda berada. Beradasakan pendapat dan pemerhatian saya terdapat juga kelebihan dan kekurang sesuatu alat yang digunakan bergantug kepada lokasi anda berada.

Power bank
Terdapat banyak jenis dan kapasit power bank yang berada dipasaran yang bolleh kita bawa dan gunakan semasa berada di luar kawasan yang tiada bekalan elektrik untuk mengecas handphone anda namun ianya bergantung pada jumlah cas yang boleh dilakukan pada satu-satu masa samada dan sembelum keluar ruah pastikan power bank anda full charge.




Solar charger
peralatan ini kini amat sering kita jumpa dan dengar dan ianya mudah di perolehi samada secara online atau offline di sebabkan ia memerlukan cahaya matahari untuk berfungsi maka ianya terhad kepada beberapa kawasan sahaja boleh di gunakan tamahan lagi peralatan ini memerlukan ruang dan tenaga untuk membawanya. Kawasan-kawasan terbuka yang mendapat banyak cahaya matahari adalah tempat yang sesuai untuk di gunakan seperti perkemahan di tepi pantai , puncak gunung dan sebaginya.

 


Biolite Biolite CampStove 2+
Sama eperti yang dilakukan oleh panel solar dengan matahari, CampStove berfungi dengan pengunaan api. Menggunakan penjana termoelektrik dalaman, dapur ini menukar haba kepada elektrik yang boleh digunakan dan menggunakannya untuk menghidupkan kipas dalaman untuk pembakaran yang sangat cekap. Lebihan tenaga disimpan dalam bateri dalaman supaya anda boleh mendapatkan elektik apabila memerlukannya sebagai contoh untuk lampi LED atau cas telefon anda.



Terdapat juga beberapa peralatan lain bagi mendapatkan tenaga elektrik tetapi tidak berapa sesuai kepada anda yang dan situasi tapak perkemahan tetapi mungkin juga berguna pada masa-masa tertentu iaitu generator angin dan air.

Walau bagaimana pun bergantung kepada anda semua peralaatan yang mana sesuai kepada anda , ini hanyalah beberapa cadangan yang munkin anda semua gunakan dan mengaplikasikan kepada keperluan anda.

Akhir kata selamat mengembara dan menikmati pemandagan alam ciptaan Allah semua bermanfaat kepada semua dan menjadi pengalaman kita seumur hidup agar menjadi panduan kepada generasi akan datang



Catat Ulasan

0 Ulasan