Selaput tunggul (Mikania Micrantha )

Selaput tunggul pokok memanjat serta menjalar. Ia tergolong dalam kumpulan rumpai, yang memerlukan masa serta wang ringgit untuk membasmi dari terus menutupi kebun atau pokok yang lebih berfaedah.Selaput tunggul cepat membiak. Jika seminggu tidak menjenguk kebun, pasti selaput tunggul telah menjalar dan membelit sayuran atau tanaman.

Spesies Mikania Micrantha digemari binatang ternakan lembu serta kambing. Dari segi perubatan tradisional ia boleh dijadikan ubat penahan darah.Gunakan beberapa helai dengan ramas daun hingga ia mengeluarkan jus berwarna hijau dan lekapkan kepada luka untuk menahan pendarahan.



Selaput tunggul cepat membiak hingga digelar sebagai "Mile-a-minute weed" atau dimaknakan sebagai "rumpai tumbuh seminit sebatu". Nama-nama lain selaput tunggul seperti American Rope, American Vally/ Silk Vally (English), Kappu Vally /Dritharasa pacha (India), Chinese Creeper, Ceroma/ Ulam Tikus (Malaysia) dan Sembung Rambat (Indonesia). Tumbuhan ini adalah jenis yang parrenial yang mempunyai 5 cabang dahan dengan jarak ruas antara 5-7 cm panjang. Daunnya berbentuk ovate berwarna hijau dan ada permukaan seakan kasar macam berbulu.

Bunga selaput tunggul adalahh berangkai dan bertangkai berwarna putih dengan ada 4 kuntum bunga serangkai (Lihat foto diatas). Bunga yang keluar akan menjadi biji benih selepas 17-21 hari dimana satu tangkai bunga mampu menghasilkan sebanyak 20,000 - 40,000 biji benih dalam satu musim. Kadar pertumbuhan selaput tunggul adalah sangat cepat iaitu 8 -9 cm dalam masa 24 jam ! (Pokok muda).

Catat Ulasan

0 Ulasan