7 November 2011

Tumbuhan beracun

Beberapa jenis tumbuhan beracun

Candelabra Cactus (Euphorbia lactea)
Keterangan tentang pokok:

Mempunyai banyak duri atau, apabila ditoreh mempunyai banyak susu getah, bercabang dan mempunyai jalur putih di bahagian tengah pada setiap batang .

Bahagian beracun:
Daun, batang dan getah susu.

Kesan keracunan:
Jika termakan akan menyebabkan kerangsangan, sakit perut, muntah, cirit-birit, rasa terbakar pada mulut, tekak dan lidah.


Castor Bean (Ricinus communis)
Keterangan tentang pokok:
Mempunyai ketinggian sehingga 5 meter dan berdaun lebar berbintik hitam,coklat dan putih berkilat. Buahnya berduri.

Bahagian beracun:
Seluruh bahagian terutama pada bijinya.

Kesan keracunan:
Jika termakan akan menyebabkan muntah dan cirit-birit.





Chinaberry Tree (Melia azedarach)
Keterangan tentang pokok:
Setiap dahannya mempunyai lembar daun, mempunyai batang yang besar dan bunganya yang berkedut berwarna ungu dan kuning dalam beberapa jambak.

Bahagian beracun:
Kulit kayu, buah, bunga dan daun.

Kesan keracunan:
Memberi kesan pada perut seperti muntah dan cirit-birit. Susah bernafas dan pernafasan tidak teratur.





Dumbcane (Dieffenbachia picta)
Keterangan tentang pokok:
Ketinggian boleh mencapai sehingga 2 meter. Berdaun lebar dan mempunyai bintik-bintik putih.

Bahagian beracun:
Semua bahagian terutama pada batang dan tangkai.

Kesan keracunan:
Akan mengakibatkan bengkak yang mempunyai lendir pada bahagian mulut dan tekak, rasa loya, muntah, cirit-birit dan boleh hilang suara.

Fox Glove (Digitalis purpurea)
Keterangan tentang pokok:
Mempunyai bunga yang berwarna ungu atau merah jambu berbentuk seperti loceng.

Bahagian beracun:
Seluruh bahagian

Kesan keracunan:
Akan menyebabkan rasa loya, cirit-birit, sakit di bahagian abdomen dan kejang.

Tree Tobacco (Nicotiana glauca)
Keterangan tentang pokok:
Pokok yang rendah, berdaun tebal dan bergetah. Bunganya berbentuk tiub berwarna kuning dan tumbuh berjambak pada hujung dahan.

Bahagian beracun:
Semua bahagian

Kesan keracunan:
Menyebabkan rasa terbakar pada mulut dan usus, cirit-birit, muntah, sakit perut, rasa seram sejuk, rasa mengantuk, pening, sawan dan lumpuh.

Poison Ivy (Toxicodendron species)
Keterangan tentang pokok:
Jenis pokok yang kecil berdaun bujur. Bunganya kehijau-hijauan tumbuh sekelompok pada pangkal daun. Buahnya berwarna putih.

Bahagian beracun:
Daun, batang, tangkai, debunga, bunga dan buah.

Kesan keracunan:
Menyebabkan rasa gatal, terbakar kemerahan dan sakit kulit.

Water Hemlock (Cicuta douglasii)
Keterangan tentang pokok:
Mempunyai batang yang berlubang di bahagian dalamnya. Berbunga kecil berwarna putih tumbuh dalam satu kelompok. Buahnya kering seperti kapsul.

Bahagian beracun:
Seluruh bahagian terutama pada akarnya.

Kesan keracunan:
Jika termakan akan mengakibatkan mulut berbuih, sakit perut, muntah, cirit-birit dan lumpuh.

Rujukan

Connor, H.E. 1951. The poisonous plants in New Zealand. Wellington: R.E. Owen.
Dwyer, D. 1978. Impact of poisonous plants on Western United Stated. Grazing systems and livestock operations. Dlm. Keeler, R. 1978. et.al. (ed.) Effects of poisonous plants on livestock. London: Academic Press
Hardin, W. and Arena, J. 1974. Human poisoning from native and cultivated plants. North Carolina: Duke University Press.
Ref  http://pkukmweb.ukm.my/

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...