2 Mei 2012

Pokok Sabung Nyawa (Gynura Procumbens)



Mengikut cerita pokok ini mendapat nama sebegitu dari orang asli yang kehabisan makanan di hutan. Oleh kerana terlalu lapar, mereka mendapatkan pucuk-pucuk pokok ini dan memakannya. Dan sesudah itu mereka dapat meneruskan hidup mereka sehingga sampai balik ke penempatan mereka dengan selamat.



Dari itulah mereka menamakan pokok ini sebagai Sambung Nyawa kerana menyelamatkan mereka dari kelaparan semasa di hutan. Nama lain untuk pokok ini ialah Daun Dewa, Akar Sebiak, Sirih Cina dan nama botaninya pula ialah ‘Gynura Procumbens’ Ada juga orang memanggilnya dengan nama Selemai Merah.




Pokok ini banyak kegunaannya dalam perubatan tradisional di samping ia sedap dimakan sebagai ulaman. Pokok Sambung Nyawa ini boleh dibiakkan melalui keratan batang dan mudah tumbuh di tempat redup dan berair.

Keseluruhan pokok ini, dari daun hingga ke akarnya digunakan bagi mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah di samping menurunkan tekanan darah yang tinggi. Selain itu, daun sambung nyawa boleh digunakan untuk rawatan sembelit, kencing manis, kanser dan masalah buah pinggang.

Menurut orang yang telah biasa mengamalkannya, memadai dengan memakan dua atau tiga helai daunnya sehari untuk tujuan tersebut.

Sehingga kini, terdapat beberapa kajian saintifik yang dilakukan ke atas herba ini yangterhad. Satu kajian Singapura yang menggunakan model tikus kencing manismenunjukkan bahawa cabutan alkohol Gynura procumbens adalah mampu untuk mengurangkan darah tinggi paras kolesterol dan trigliserida, sementara yang lain olehkumpulan penyelidik yang dilaporkan Korea bahawa herba ini mempunyai ciri-ciri anti-hipertensi dalam model tikus.

Namun demikian, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah terbaik.


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...