KEM SITE PERAH DI PINGGIR KEPONG, KUALA LUMPUR

Kem Perah terletak di kaki bukit dengan dikelilingi oleh kehijauan pokok, ditambah dengan bunyi-bunyian hutan menjadikan kawasan ini amat sesuai bagi mereka yang inginkan pengalaman perkhemahan rimba yang sebenar.






Kem yang mula beroperasi pada Mei 2001 ini telah menerima ramai pengunjung dari dalam dan luar negara. Walaupun kem ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas untuk keselesaan pengunjung, ia tidak mencacatkan pengalaman rimba pengunjung.

Kawasan seluas 300 m² ini boleh menempatkan 120-150 orang dalam satu-satu masa. Tapak perkhemahan dibina di kawasan terpencil lengkap dengan kemudahan untuk aktiviti-aktiviti rekreasi luar. Antara kemudahan yang disediakan ialah tapak kemah, dapur, dewan, calet “A Hut”, tandas, bangku, obstacle run dan sebagainya juga disediakan beberapa kemudahan untuk sewa seperti khemah, sleeping bag, teropong, kompas dan pelbagai lagi kelengkapan untuk aktiviti.



Untuk maklumat sewaan, sila klik di sini dan untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Sila patuhi arahan Panduan Pelawat FRIM ketika menjalankan aktiviti di atas.

Maklumat penuh boleh lawat 

https://www.frim.gov.my/ms/tarikan/kawasan-perkhemahan/

Catat Ulasan

0 Ulasan