RAWATAN KECEMASAN DARI HERBA DAN BAHAN MINUMAN TERBUANG

Kayu manis tergolong di dalam makanan yang bersifat antimikrobial. Manurut kajian, ia mempunyai kebolehan untuk membantutkan pertumbuhan bakteria seperti fungus atau yis yang sangat berbahaya. Dalam satu ujian makmal, mereka mendapati bahawa pertumbuhan yis berjaya dihentikan hanya dengan menggunakan ekstrak kulit kayu manis. Sedangkan, yis mempunyai daya ketahanan yang sangat tinggi terhadap ubat antikulat seperti flukonazol.


Tambahan pula, kehadiran Cinnamaldehyde bahan aktif utama dalam kayu manis ini boleh mencegah daripada pelbagai masalah jangkitan. Kajian membuktikan pati minyak kayu manis boleh mencegah beberapa jenis bakteria, termasuklah Listeria dan Salmonella


Jintas manis boleh merawat masalah ketidakhadaman, radang perut dan usus melalui pengeluaran gas berlebihan dalam perut. Hal ini secara tidak langsung membantu dalam melegakan perut yang kembung.


Dalam kajian berlainan, didapati bahawa pesakit yang mempunyai gejala Sindrom Usus Sensitif (IBS), lalu diberi rawatan jintan manis selama dua minggu, gejala seperti sakit dan ketidakselesaan di bahagian perut berkurangan.


Teh mengandungi asid tanin yang boleh membantu darah membeku dengan lebih cepat. Selain itu, bahan ini juga bersifat antiseptik dan dapat mengurangkan jangkitan.



Tip ini bukan sahaja boleh anda gunakan untuk menghentikan pendarahan pada gigi, tapi juga untuk merawat luka-luka kecil.

Catat Ulasan

0 Ulasan